Buletin

MINI LANCAR COUNTRYMAN PLUG-IN HYBRID WIRED & MINI COOPER S COUNTRYMAN PURE – BERMULA RM228,8888

MINI Malaysia semalam memperkenalkan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure ke pasaran tempatan. 

Kenderaan Aktiviti Sport (SAV) mencatat pertumbuhan positif sebanyak 19 peratus dengan 1,200 unit telah diserahkan kepada pelanggan sepanjang tahun lalu.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure kini dilengkapi pelbagai teknologi seperti MINI Connected generasi baru dengan SIM 4G.

Antara ciri yang ditawarkan ialah Intelligent Emergency Call, TeleServices, MINI Online, MINI Concierge Service, Apple CarPlay, tanpa wayar, Remote Services dan Servis eDrive yang eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired. 

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired (RM250,888) 

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tampil dengan reka bentuk ALL4, jentera itu dipasang dengan rim bersaiz 19 inci dan tayar jenis run flat. Ia diserlahkan lagi dengan jalur pada bonet, bumbung berwarna hitam dan gril berbentuk heksagon. 

Ruang kabin pula menerima kemasan kulit hitam, MINI Yours Illuminated dan stereng MINI Yours.

Tidak ketinggalan, skrin sentuh bersaiz 8.8 inci beresolusi tinggi pada MINI Centre Instrument. Head-Up Display memaparkan laluan dan informasi penting dengan jelas. 

Anda juga pasti berpuas hati dengan sistem bunyi Harman Kardon dengan 12 unit pembesar suara.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dijana oleh enjin TwinPower Turbo bersama motor elektrik. Mampu menjana kuasa sehingga 224hp dan tork 385Nm, ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 6.8 saat, kelajuanmaksimum sehingga 198km/j, tetapi penggunaan minyak cuma 2.1l/100km. 

Model ini didatangkan dalam warna merah, putih, hijau dan perak dengan bumbung hitam. Manakala warna biru dipadankan dengan bumbung berwarna putih.

MINI Cooper S Countryman Pure (RM228,8888) 

MINI Cooper S Countryman Pure tampil dengan jalur bonet dan bumbung hitam yang elegan. Ia juga hadir dengan lampu hadapan LED dan rim ‘Black Pin’ bersaiz 18 inci.

Bahagian dalamannya menggunakan upholsteri hitam dan material kulit pada tempat duduk. Kemasan berwarna kelabu dikontraskan dengan material bumbung berwarna beige. Jentera itu juga didatangkan dengan skrin sentuh 6.5 inci bersama Navigasi yang mudah untuk dioperasi.

MINI Cooper S Countryman Pure dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder TwinPower Turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Rangkaian kuasa itu mampu menghasilkan kuasa 192hp dan tork 280Nm. Dengan penggunaan bahan api sekitar 6.5l/100km, SAV masih dapat mencatat kelajuan maksimum 224km/j.  

Ia hadir dalam warna merah, putih, hijau, kelabu, perak dan biru dengan bumbung berwarna hitam. 

Tags
Google ads
Back to top button