Buletin

MITSUBISHI BUKA PUSAT 3S BAHARU DI SITIAWAN, PERAK

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dan pengedarnya, Lofty Ambition Sdn. Bhd. (Lofty Ambition) baru-baru ini meraikan pembukaan pusat 3S terbaharunya di Sitiawan, Perak.

Ini meruapakan bilikpameran ketiga Lofty Ambition selepas Ipoh dan Taiping. Pusat 3S itu juga menjadi bilik pameran pertama di wilayah Utara yang hadir dengan jenama korporat Mitsubishi Motor yang baru Bersama tagline ‘Drive Your Ambition’.

“Mitsubishi Motors dan Lofty Ambition sudah menjalin kerjasama sejak tahun 2014. Lofty Ambition dilihat Berjaya mengembang dan mengukuhkan kehadiran jenama Mitsubishi di Perak.

“Kami amat berterima kasih kepada Lofty Ambition atas kerja keras dan komitmen mereka terhadap jenama Mitsubishi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.

Pusat 3S itu terletak di No. 1, Jalan Medan Serdang 1, Medan Serdang, 32000 Sitiawan, Perak. Ia memiliki peralatan diagnostik canggih untuk menyelenggara semua kenderaan Mitsubishi.

Dengan pembukaan kemudahan ini, MMM kini mewakili 52 bilik pameran (47 pusat 3S) dan54 pusat servis di seluruh Malaysia.  

Untuk Sabah dan Sarawak, MMM diwakili oleh 15 bilik pameran (7 di Sarawak dan 8 di Sabah).

Tags
Google ads
Back to top button