
MITSUBISHI EK X EV BAKAL MUNCUL DI GIIAS 2023 – TURUT PAMER MINICAB MiEV
Mitsubishi baru-baru ini mengumumkan model kei car elektriknya, eK X EV bakal dipamerkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 10 Ogos ini.
Selain eK X EV, turut dibawa oleh pengeluar kenderaan tersebut adalah van elektrik Minicab MiEV, di mana ia akan dipasang di kilang Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia pada tahun hadapan.
Dengan mengoptimumkan susun atur sistem EV yang baru dibangunkan, Mitsubishi eK X EV menawarkan kabin lebih luas dan selesa selain menampilkan kestabilan stereng untuk pemanduan lebih cekap.

Di dalam kabin, ia dilengkapi meter LCD warna bersaiz 7-inci, tuil gear elektrik, sistem navigasi dengan ketersambungan telefon pintar serta mempunyai Innovative Pedal Operation Mode dan Bantuan Kecemasan SOS.
Beralih kepada kuasa, Mitsubishi eK X EV dipacu oleh motor elektrik tunggal, berupaya menghasilkan 63hp, tork 195Nm dan menawarkan jarak gerak sehingga 180km bagi setiap pengecasan penuh.
Selain itu, pek bateri 20 kWh menyokong pengecasan pantas dengan hanya mengambil masa 40 minit bagi pengecasan 0-80 peratus.
Di Jepun, model berkenaan boleh dimiliki pada harga bermula 1,848,000 yen atau bersamaan dengan RM59,000. – Careta
- BACA: INI SUV BAHARU MITSUBISHI, 1.5L CVT, SAIZ X50, HR-V
- BACA: MITSUBISHI TRITON 2023 UNTUK AXCR, KOMPONEN KARBON, ENJIN 4N16 MIVEC BAHARU
- BACA: MITSUBISHI TRITON GENERASI KEENAM DIPERKENALKAN – KONSEP BEAST MODE, 4 VARIAN, 201HP
- BACA: MITSUBISHI HENTI PRODUKSI DI CHINA – LABUR RM59 BILION, FOKUS PADA EV