Buletin

MAZDA CX-60 BAKAL TIBA DI PASARAN MALAYSIA TIDAK LAMA LAGI? – HARGA SEKITAR LEBIH RM300K

Mazda baru-baru ini mendedahkan di Facebook rasmi bahawa Mazda CX-60 bakal diperkenalkan di Malaysia dalam masa terdekat.

CX-60 adalah model SUV mewah berdasarkan platform pacuan roda belakang baharu dan mempunyai dimensi 4,745mm (panjang), 1,890mm (lebar), 1,670mm (tinggi), sementara jarak roda diletakkan pada 2,870mm.

Tampil minimalis, model ini dipadankan bersama fabrik berkualiti tinggi termasuk menggunakan kulit Nappa, rekaan kayu Maple, tekstur fabrik Jepun serta terdapat kemasan krom bagi menyerlahkan lagi ciri mewah.

Perincian lain termasuklah skrin infotainment 12.3-inci, tuil gear elektronik kecil dan instrumen LCD penuh serta rekaan papan pemuka depan yang mirip dengan CX-5.

Dari segi kuasa, kereta ini mempunyai konfigurasi kuasa yang berbeza di setiap negara. Sebagai contoh, di Singapura, ia dijana oleh 2.5L Skyactiv-G, menghasilkan 188hp dan tork 261Nm.

Di Indonesia, ia dikuasakan enjin pengecas turbo enam silinder sebaris 3.3L e-Skyactiv -G + 48V, sistem hibrid ringan, menghamburkan kuasa 280hp dan tork pada 450Nm.

Sementara, Filipina pula dipacu oleh nadi 3.3L e-Skyactiv-G dan 3.3L e-Skyactiv-D sebaris enam silinder enjin turbo diesel, menjana 250hp dan tork 550Nm.

Merujuk kepada pasaran Asia Tenggara, model baharu ini dijual lebih mahal berbanding CX-8 atau CX-9 dan kita boleh menjangkakan CX-60 bakal diberi tanda harga melebihi RM300,000, mengambil kira harga CX-9, RM328,000. – Automachi

Google ads
"
"
Back to top button