" "
Buletin

MITSUBISHI TRITON GENERASI KEENAM DIPERKENALKAN – KONSEP BEAST MODE, 4 VARIAN, 201HP

Mitsubishi Motors Corporation hari ini memperkenalkan Mitsubishi Triton serba baharu di Bangkok, Thailand. Triton baharu itu akan dilancarkan di pasaran ASEAN, Oceania dan dijadualkan tiba di pasaran Jepun pada awal 2024.

Berkonsepkan ‘Beast Mode’, Triton generasi keenam ini direka semula secara menyeluruh membabitkan ruang dalaman, luaran, rekaan casis, ladder frame serta enjin.

Untuk penggayaan, Triton serba baharu tampil dengan gril berbentuk segi empat tepat, lampu LED berbentuk L, lampu belakang berbentuk T pada kedua-dua sisi, kemasan Dynamic Shield, pemegang pintu, bampar selain, terdapat bar di atas rel bumbung hitam, over fender dan katil kargo.

Selain itu, model didatangkan dalam empat varian ini turut dilengkapi spoiler belakang bagi menambah baik faktor aerodinamik.

Pilihan warna Mitsubishi Triton serba baharu adalah seperti berikut:

  • Yamabuki Orange Metallic
  • Blade Silver Metallic
  • White Diamond
  • Solid White
  • Graphite Grey Metallic
  • Jet Black Mica

Berikut ialah ukuran dimensi Triton baharu:

Double Cab 4WD

  • Panjang: 5,360 mm
  • Lebar: 1,930 mm
  • Ketinggian: 1,815 mm
  • Jarak roda: 3,130 mm

Double Cab 2WD dan Club Cab 2WD

  • Panjang: 5,320 mm
  • Lebar: 1,865 mm
  • Ketinggian: 1,795 mm
  • Jarak roda: 3,130 mm

Single Cab 4WD

  • Panjang: 5,265 mm
  • Lebar: 1,795 mm
  • Ketinggian: 1,765 mm
  • Jarak roda: 3,130 mm

Menjengah dalam kabin, ia hadir dengan elemen ruangan moden, kemasan metalik, penggunaan bentuk geometri serta menekankan aspek visibiliti monitor, meter dan suis.

Perincian lain termasuklah dua tempat letak cawan bersaiz besar, ruangan tempat letak empat botol plastik 600ml, sementara stereng roda, grip serta pembuka pintu direka berdasarkan Mitsubishi Touch.

Bukan itu sahaja, panel instrumen serta konsol tengah juga disertakan dengan soket USB A/C dan pengecas tanpa wayar.

Bagi keselesaan pemandu, Mitsubishi Triton baharu tiba bersama tempat duduk hadapan dengan fungsi sokongan kepada tulang belakang selain terdapat rekaan di kawasan bahu bagi memudahkan pergerakan.

Tambahan, rekaan baharu tiang A membolehkan bukaan pintu lebih lebar dan fungsi tempat pemijak sisi turut dilebarkan sekali gus mengurangkan risiko tergelincir.

Kelengkapan lain menjadi sorotan adalah suspensi double wishbone baharu di bahagian hadapan, pendakap upper arm (model 4WD dan 2WD High Rider) digerakkan ke atas 20mm untuk memberikan lebih keselesaan kepada pemandu, suspensi belakang dengan sistem leaf spring, manakala varian tertinggi menerima stereng bantuan elektrik.

Mitsubishi Triton baharu dilengkapi ciri Adaptive Cruise Control (ACC) termasuk Sistem Mitigasi Pelanggaran Hadapan (FCM), Amaran Titik Buta (BSW), Bantuan Penukaran Lorong (LCA) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh enjin diesel baharu 2.4 liter 4-silinder DOHC 16-injap Intercooled Turbocharged (4N16) dengan sistem suntikan bahan api lebih bersih.

Bagi varian tertinggi, nadi berkenaan menghasilkan 201hp pada 3,400rpm, tork 470Nm pada 1,500-2,750rpm sementara varian pertengahan serta terendah menawarkan output 181hp, tork 430Nm dan 147hp, tork pada 330Nm.

Maklumat lain, semua varian dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan (dengan mod Sport) dan transmisi manual enam kelajuan dengan teknologi shift-by-wire.

Sistem pacuan empat roda Super-Select 4WD-II menawarkan sehingga tujuh mod iaitu Normal, Eco, Gravel, Snow, Mud, Sand serta Rock.

GALERI:

Google ads
Back to top button