Buletin

MITSUBISHI OUTLANDER LANCAR AWAL TAHUN 2016

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini mengumumkan bahawa SUV Mitsubishi Outlander bakal dilancarkan pada awal tahun depan.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (2)

“Kami teruja untuk memperkenalkan SUV tujuh tempat duduk ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Mitsubishi Outlander ialah model pertama MMM yang hadir bersama konsep ‘Dynamic Shield’, selain rangkaian keselamatan dan ciri premium,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Yang Won-Chul.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (5)

Mitsubishi Outlander disifatkan sebagai sebuah kenderaan yang bergaya dan versatil. Jentera itu dikuasakan oleh enjin MIVEC penuh kuasa. Ia turut dilengkapi tujuh beg udara, Active Stability Control (ASC), Electric Tailgate, bumbung suria, lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL), rim aloi dua tona bersaiz 18 inci dan banyak lagi.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (6)

Sebelum ini, Mitsubishi Outlander pernah memenangi anugerah “Best Value on Road” pada acara Kereta Gaya Hidup Terbaik kali ke-12 yang diadakan di Arizona, Amerika Syarikat.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (3)

Sejak tahun 2005, MMM telah menjual lebih 90,000 unit kenderaan. Rangkaian jualannya disokong oleh 58 buah bilik pameran (48 ialah pusat 3S) dan 54 cawangan servis di seluruh negara.

Google ads
Back to top button