Peranti

SIRI JELAJAH SAMSUNG GEAR 2

Sempena sambutan Tahun Baharu 2016 tidak lama lagi, Samsung Malaysia telah menganjurkan siri jelajah Samsung Gear 2.

IMG_0015

Siri jelajah selama empat hari itu bermula pada hujung minggu lalu di pusat membeli- belah  Sunway Pyramid. Terlepas? Jangan bimbang, satu lagi siri jelajah akan diadakan pada 18 hingga 20 Disember ini bertempat di IOI City Mall Putrajaya.

Pada acara tersebut, pengunjung boleh melihat secara dekat dan mencuba kehebatan fungsi jam tangan pintar Samsung Gear 2 menerusi cabaran mini golf serta berbasikal.

Samsung-Gear-2-roadshow-mekanika (6)

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan promosi menarik. Seramai 100 orang pelanggan pertama yang membeli Gear 2 akan dihadiahkan dengan satu tali jam percuma bernilai RM199.

Sementara 50 pelanggan terawal yang membeli sebuah Samsung Galaxy Note5 atau Galaxy 6 edge+ layak menerima diskaun sebanyak 10 peratus untuk pembelian Gear 2 bersama seutas tali jam percuma.

Samsung-Gear-2-roadshow-mekanika (8)

Gear 2 ditawarkan pada harga RM1,399 seunit dengan pilihan warna hitam dan kelabu. Sementara Gear 2 Classic yang berharga RM1,599 seunit hadir dengan warna hitam.  Keduanya-dua didatangkan dengan tali yang boleh ditukar.

Google ads
Back to top button