Motosikal

DEMAK DTM 200

Segmentasi motosikal mungkin adalah antara yang paling susah untuk diterjemahkan satu persatu. Kalau melihat dari sudut motosikal sport, ia mungkin mudah dibahagikan kepada sport, supersport dan hyper sport. Tetapi apabila melihat pada industri secara keseluruhan, kita mungkin ada seratus jenis dan badan motosikal. 

IMG_9544

Industri semakin rancak dan banyak produk baru diperkenalkan setiap hari. Skuter sahaja mungkin ada berpuluh-puluh jenis. Saya sendiri hampir tidak dapat mengklasifikasikan kesemuanya.

Demak bukanlah pendatang baru dalam industri motosikal tempatan. Seingat saya sejak pertengahan tahun 2000,  motosikal ini sudah mula dipasarkan di Malaysia. Ketika itu, pasaran tempatan dibanjiri oleh model-model asing seperti Comel, JRD dan Sym.

IMG_9564

Berbeza dengan Comel serta JRD yang merupakan motosikal penjenamaan semula dan   boleh dikatakan gagal, Demak berjaya menentang arus pasaran yang sekian lama dimonopoli oleh jenama Jepun seperti Yamaha, Suzuki dan Honda.

Walaupun motosikal merupakan pengangkutan murah, namun memasarkannya di negara tropika boleh menjadi perkara yang kritikal. Ketahanan sering menjadi isu. Ia bukan sahaja berkenaan enjin, tetapi komponen motosikal secara keseluruhannya.

IMG_9565

Sebab itulah anda boleh lihat motosikal murah bagai hendak luruh segala bodypart setelah setahun digunakan. Itu belum termasuk lensa meter yang terus kelam. Di sinilah kekuatan motosikal jenama Jepun.

Setelah mengetahui kelemahan yang menggagalkan jenama lain sebelum ini, Demak memperbaiki setiap modelnya supaya menjadi sebuah model yang lasak. Harganya yang kompetitif juga membantu aspek jualan. Motosikal yang dipasangkan di kilangnya di Sarawak kini mendapat sambutan.

IMG_9572

Model moped EX90 (yang menyerupai Honda EX5) dan Demak DTM 200 ternyata menjadi produk yang semakin diminati. Sekali lagi, jika anda bandingkan sebuah motosikal off-road dengan jenama popular lain, nyata ia sukar untuk diketepikan.

Sejak diperkenalkan beberapa tahun lepas, Demak DTM 200 telah menepati sasaran jualan pengeluar. Sambutan menggalakkan ini membolehkan mereka membuat proses naik taraf beberapa kali.

IMG_9581

Jika mengikut brosur, motosikal ini disebut ‘sport’. Namun klasifikasi tepat sebenarnya ialah Motard atau Dual Purpose (DP). Disebabkan oleh sesaran enjinnya yang kecil, istilah itu jadi kurang tepat.  Satu lagi sebab, pada peringkat awal motosikal ini dipasangkan dengan rim berjejari yang sinonim dengan motosikal scrambler atau off-road. Model terkini pula dipasang dengan rim sport yang lebih sesuai untuk mengkategorikan jentera ini sebagai sebuah motard.

Saiz yang kompak menjadikannya sebuah motosikal yang mudah dikendalikan. Jika anda biasa dengan kategori ini, pasti anda boleh bandingkannya dengan KTM Duke 200 atau Kawasaki KLX150 (model off road sebenar tayar ‘bata’). Saiz mereka hampir sama.

IMG_9603

Pertama kali menyambut hendalnya, saya rasa seperti duduk di atas sebuah Aprilia Pegaso bersaiz mini. Enjin satu silinder bersama sistem penyejukan udara mampu menghamburkan kuasa seadanya, cukup untuk ditunggang di bandar dengan selesa.

Kedudukan hendalnya yang tidak terlalu lebar adalah ciri tipikal sebuah motard atau DP. Rintangan angin berkurang jika posisi tunggangan dibetulkan beberapa kali. Tempat duduknya tidak cukup empuk, tetapi kelebaran konturnya cukup selesa untuk perjalanan singkat.

IMG_9555

Kelajuan ideal motosikal ini adalah sekitar 110-130km/j. Ia mampu memecut lebih dari itu tetapi penunggang akan bergelut dengan getaran yang terasa pada seluruh bahagian motor!

Penggunaan rim jenis sport pada model facelift ini berjaya meningkatkan penampilanya. Tangki bahan api dan lampu hadapan kini direka dengan tambahan perumah sporty yang berjaya membuatkannya nampak segar apabila dipadankan dengan skema grafik baru. Secara jujur, saya suka model skema merah yang kelihatan lebih garang dengan penghadang hendal, ekzos ‘slip-on’ dan tail hook untuk pembonceng.  

IMG_9588

Tunggang uji yang dibuat sekitar bandar raya pada musim hujan memang memberi kelebihan. Pada harga mampu milik iaitu sekitar RM6,580 seunit, maka tidak hairanlah Demak DTM 200 menjadi pilihan anak muda sekarang.

Ia mempunyai pakej lengkap. Enjin 200cc, brek cakera depan dan belakang, sport rim 17 inci dengan tayar bersaiz 130/70 di belakang. Apa lagi? Jentera ini memang murah dan berbaloi untuk wang!

[hr] Galeri

IMG_9541IMG_9545IMG_9547IMG_9548IMG_9551IMG_9552IMG_9556IMG_9558IMG_9568IMG_9571IMG_9573IMG_9575IMG_9579IMG_9590IMG_9591IMG_9595

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button