" "
Buletin

MITSUBISHI TRITON CHAMPION XPERIENCE DIADAKAN DI MIRI, BERLANGSUNG 26-27 OGOS INI

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini membawakan acara Mitsubishi Triton Champion Xperience ke Miri, Sarawak.

Acara berkenaan diadakan di Parkcity Eastwood, Miri, pada 26-27 Ogos ini dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Diilhamkan daripada kejayaan Asia Cross Country Rally (AXCR), Mitsubishi Motors sedia mempamerkan kebolehan Triton melalui taxi ride, di mana ia menguji sistem Super-Select 4WD II dan mod off-road.

Peserta terawal mendaftar bagi menyertai sesi pandu uji di laman sesawang rasmi MMM https://www.mitsubishi-motors.com.my/triton-mini-axcr/ akan menerima T-Shirt Champion Xperience eksklusif, pin tambah nilai Touch N Go RM20.

Tidak cukup dengan itu, para peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah North Face EXPLORE BARDU II.

Selain itu, pelanggan yang menempah Triton pada acara itu juga akan menikmati promosi eksklusif sah sehingga 31 Ogos 2023 termasuk mendapat bekas minuman Stanley.

Google ads
Back to top button