Buletin

MITSUBISHI TRITON MODEL 2017 DILANCARKAN,

Rasanya macam baru semalam Mitsubishi Triton baru dilancarkan. Ya, sebenarnya kali terakhir Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengemaskini Triton ialah pada September tahun lepas menerusi model Triton 2.4 yang dilengkapi enjin Mivec Turbo 181ps dengan transmisi enam kelajuan.

Membuka tirai 2017, Mitsubishi Malaysia sebentar tadi melancarkan versi lebih moden antara pikap kegemaran ramai -Triton. Sekali imbas, kita perlu akui ia adalah evolusi yang agak drastik berbanding model pra-facelift kerana ia didatangkan dengan platform yang sama.

Triton generasi ke 5 ini (bagi pasaran dunia) dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 2015. Setahun selepas itu, pada September 2016, ia diperbaharui dengan enjin 2.4 Mivec dan juga sistem Active Stability & Traction Control (ATSC). Di Malaysia, Triton terbaru ini lebih dikenali sebagai generasi kedua (kerana sebelum ini Mitsubishi menggunakan lencana L200 Storm)

Varian baru tersebut merupakan perubahan terbesar untuk generasi baru yang memperlihatkan kehadiran enjin Mivec 2.4 turbo menggantikan semua varian VGT yang ditawarkan. Enjin baru ini berupaya menghasilkan 181PS dan 430Nm tork, peningkatan siginifikan berbanding enjin 2.5 Commonrail turbo sebelum ini 178PS dan 400Nm.

Lampu HID dengan DRL

Perubahan model 2017 adalah lebih bersifat kosmetik. Paling ketara ialah rekaan jeriji radiator hadapan yang lebih dominan, bold dan sporty. Bampar hadapan kini dilengkapi dengan bumper extender tambahan yang telah mengubah sedikit rupa dan model 2017 juga dipasangkan dengan pemijak sisi lebih lebar. Secara peribadinya, kami suka rekaan begini berbanding pemijak jenis paip tiub yang terlalu kecil.

Pemijak sisi lebih lebar

Model varian VGT juga dilengkapi dengan lampu utama jenis HID yang diintegrasikan dengan lampu DRL.

Bahagian dalaman pula diperbaharui dengan set stereng yang dilengkapkan dengan kawalan audio, kawalan cruise bluetooth dan bentangan meter baru.

Stereng dengan butang kawalan pelbagai fungsi

Bagi varian VGT, ia kini didatangkan dengan kerusi pemadu yang boleh dilaras pada 8 posisi berbeza sebagai tambahan kepada kerusi salutan elektrik dan kamera undur.

BACA: PANDU UJI MITSUBISHI TRITON ADVENTURE X

BACA: MIVEC, TEKNOLOGI UNDERDOG DARI MITSUBISHI

Senarai harga

  1. Triton VGT Adventure X 4X4 AT RM 130,900 Impulse Blue, Titanium Grey
  2. Triton VGT Adventure 4×4 AT  RM 123,130 Earth Green, Red, Pearl White, Black
  3. Triton VGT 4×4 AT   RM 114,400 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
  4. Triton VGT 4×4 MT RM 107,600 Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
  5. Triton 4×4 MT RM 93,920 Sterling Silver, White Solid
  6. Triton QUEST 4×2 MT RM 77,390 Sterling Silver, White Solid

 

Google ads
Back to top button