Buletin

HONDA NSX 2017 YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DILELONG DI CALIFORNIA

Sebagaimana yang kita tahu, penghantaran Honda NSX atau dikenali sebagai Acura NSX di pasaran Amerika Syarikat kepada pelangannya baru sahaja bermula pada akhir tahun lalu.

Tetapi kini, sudah ada sebuah Honda NSX 2017 yang sudah rosak teruk kerana terlibat dalam kemalangan dan akan dilelong di California. Baru mencecah perbatuan 11,750km, jentera hibrid berkuasa hibrid itu mengalami remuk pada bahagian hadapan. Selain bampar belakang sedikit teralih.

Kemalangan itu didakwa berlaku di Los Angeles apabila pemandu naik sheikh mahu mencuba kuasanya.

Buat masa sekarang, bidaan paling tinggi yang diterima ialah AS$72,500 (RM321,700) hampir separuh daripada harga runcitnya iaitu AS$250,000 (RMRM1.10 juta). Menurut forma lelongan dalam talian Copart, suoercar itu masih boleh bergerak.

Maksudnya, kerosakan itu lebih bersifat kosmetik. Apabila bampar, gril dan lampu utama ditukar, ia akan cantik semula. Tetapi jika dua motor elektrik pada bahagian hadapan rosak, kos untuk membaikinya memang mahal.  Biarpun beg udara pada stereng sudah meletup, keseluruhan ruang dalamannya masih elok.

Membaca forum NSX Prime, pemiliknya sudahpun menempah sebuah lagi NSX baharu. Mungkin selepas menerima bayaran insurans yang tinggi.

BACA: NSX INSIDER EXPERIENCE – TAWAR PENGALAMAN HEBAT KEPADA PEMILIK NSX

BACA: HONDA NSX – BAGAIMANA IA BERMULA? APAKAH MAKSUD ASAL N.S.X? 

GALERI 

Google ads
Back to top button