Buletin

MERCEDES BAKAL HENTI JUAL WAGON MENJELANG 2030?

Pembikin kenderaan Jerman, Mercedes didakwa bakal menghentikan jualan barisan model wagon menjelang tahun 2030.

Menurut laporan Automobilewoche, CLA Shooting Brake akan dilupuskan daripada barisan Mercedes pada 2025.

Selain itu, model E-Class terbaharu tidak akan menawarkan varian wagon.

Ia berikutan Mercedes ingin memperkemas tawarannya kepada para pelanggan kerana pelaburan besar dibuat terhadap kenderaan elektrik (EV).

Syarikat itu melaburkan wang dalam pembangunan platform baharu yang akan membantu mengekalkan kelebihan dalam pasaran masa hadapan sekali gus melihat wagon akan ‘dilupakan’ terus.

Dalam pada itu, Mercedes juga sedang berusaha mencari jalan alternatif dalam memberi memuaskan hati pelanggan yang inginkan sesuatu lebih praktikal dan mencadangkan SUV sedan sebagai penyelesaian.

Menggabungkan kelebihan SUV dengan reka bentuk kereta, ia boleh menyembunyikan bateri dengan lebih baik dan sesuai dengan saiz permintaan pelanggan hari ini.

Khabar angin yang bertiup kencang itu agak mengejutkan apatah lagi apabila Porsche berjaya menghasilkan varian wagon untuk EV pertamanya iaitu Taycan Cross Turismo.

Para penggemar automotif juga sangat meminati Audi RS6 Avant yang tidak memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS). –carscoops

Google ads
Back to top button