
PASUKAN MITSUBISHI RALLIART UMUM BARISAN PEMANDU UNTUK ASIA CROSS COUNTRY RALLY 2022
Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) mengumumkan barisan Pasukan Mitsubishi Ralliart, yang akan bersaing dalam Asia Cross Country Rally 2022 (AXCR) dengan sokongan teknikal Mitsubishi Motors. AXCR 2022 diadakan mulai 21 November sehingga 26 November di Thailand dan Kemboja.
Pasukan Mitsubishi Ralliart diwakili oleh Rifat Sungkar (Indonesia), pemenang Kejohanan Rali Pecut Indonesia, dan Chayapon Yotha (Thailand), yang telah memenangi Kejuaraan Autocross Thailand, akan memandu dua kereta rali Triton dalam Kumpulan T1 (prototype cross-country vehicles).
Sakchai Hantrakul (Thailand) yang berpengalaman luas akan menyokong mereka dalam kereta sokongan Triton ketiga. Pasukan Mitsubishi Ralliart mempunyai semua sumber yang diperlukan untuk menyahut cabaran AXCR. TANT SPORT (Thailand), pemilik pasukan itu, disertai pengarah pasukan Hiroshi Masuoka, bekas pemandu dua kali juara Rali Dakar, dan jurutera Mitsubishi Motors akan mengiringi pasukan untuk memberikan sokongan teknikal.

Pasukan Mitsubishi Ralliart telah menjalankan ujian daya tahan kereta rali Triton sejauh 1,100 km di trek perlumbaan off-road Grand Prix Motor Park di Kanchanaburi, di barat Thailand, dari 29 hingga 31 Ogos lalu. Mereka mendapati dengan mengurangkan berat dan menambah baik ciri keluaran enjin telah meningkatkan kebolehupayaan, membolehkan pengendalian lebih tangkas sepanjang laluan berliku.
Di samping itu, dwi peredam baharu (dual dampers) telah menambah baik prestasi dan menyumbang kepada peningkatan ketara dalam kestabilan pemanduan. Oleh itu, adalah penting untuk kereta rali itu mempunyai kebolehgerakan dan kebolehpanduan yang sangat baik seperti yang diinginkan oleh pemandu selain kebolehpercayaan yang tinggi di atas jalan yang kasar.
Untuk memenangi AXCR, adalah penting memaksimumkan keselesaan antara pemandu dan kereta rali, untuk mengawal tempo secara fleksibel antara pecutan dan nyahpecutan. Kereta rali Triton itu mempunyai kemasan yang hebat dan bertindak balas dengan tepat kepada input pemandu.
Dua ujian ketahanan dilakukan membolehkan isu dikenalpasti dan menangani dengan segera atas bantuan pasukan sokong teknikal. Nada penuh keyakinan disuarakan oleh pasukan Mitsubishi Ralliart untuk AXCR 2022 setelah prestasi baik dipamerkan, baik dari pemandu dan juga jentera digunakan.









