Buletin

MITSUBISHI XPANDER CROSS KE PASARAN ASEAN – M’SIA SELEPAS INI?

Selepas pelancaran crossover Xpander Cross di Indonesia pada November 2019, Mitsubishi mengumumkan penawaran model itu di Filipina pada 13 Mac dan Thailand pada 16 Mac 2020.

Satu berita menarik apabila Mitsubishi memaklumkan crossover itu bakal ditawarkan di beberapa negara dengan fokus di ASEAN.

Xpander Cross adalah model sama seperti Xpander yang mula dijual di Indonesia pada Oktober 2017.

Mitsubishi Xpander standard

Sejak itu Xpander dijual di beberapa buah negara seperti Filipina, Thailand, Vietnam, Bolivia, Peru, Myanmar, Bangladesh, Mesir dan Sri Lanka.

Nissan yang merupakan rakan di dalam Pakatan (Alliance) kemudian melancarkan Livina baharu yang diasaskan dari Xpander di Indonesia pada Februari 2019.

Menurut Mitsubishi, Xpander Cross menggabungkan dua ciri dalam satu pakej iaitu gayaan luaran SUV dengan ciri MPV.

Nissan Livina

Berikut ialah ciri-ciri Mitsubishi Xpander Cross yang dilancarkan di Indonesia pada November 2019:

  • Digerakkan enjin 1.5L 4A91 MIVEC l4 petrol dengan pacuan depan
  • Output kuasa 105PS dengan tork 141Nm
  • Dua pilihan transmisi manual lima kelajuan dan empat kelajuan automatik
  • Penampilan luaran lebih rugged dengan gril, bampar depan dan belakang, skirt sisi, skid plate dan arca roda 
  • Rekaan roda baharu saiz 17 dengan profail tayar lebar
  • Kelegaan tanah 25mm lebih tinggi dan badan 50mm lebih lebar berbanding Xpander
  • Bahagian dalam berwarna gelap. Varian tertinggi berwarna hitam-coklat
  • Ciri NVH diperbaiki dengan penebat bunyi yang lebih baik

Meskipun jumlah negara yang menawarkan Xpander dan Xpander Cross masih sedikit, jualan kumulatif setakat Februari 2020 sudah sekitar 250,000 unit.

Kilang Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia (MMKI) di Bekasi, Indonesia dalam tempoh yang sama telah menghasilkan 100,000 unit Xpander standard untuk pasaran eksport.Ternyata Xpander adalah model yang membawa kebaikan kepada Mitsubishi dan ekonomi Indonesia dari segi pekerjaan, pembekal dan keseimbangan import-eksport.

Di Indonesia, Xpander Cross dijual dari 276 juta rupiah (RM79,320) untuk transmisi manual dan 277 juta rupiah (RM79,600) bagi versi automatik.

Tags
Google ads
Back to top button