Buletin

MMM CATAT KENAIKAN JUALAN 68% PADA MAC 2016

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melaporkan bahawa jumlah jualannya pada bulan Mac 2016 menokok sebanyak 68 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 1,173 unit. Pada Februari, MMM mencatat jualan 696 unit.

Mitsubishi-Triton-mekanika (1)

Prestasi kukuh itu didorong oleh peningkatan jualan trak pikap Triton mencecah 67 peratus kepada 716 unit berbanding 429 unit pada Februari. Triton juga merekodkan jualan kedua tertinggi dalam segmen trak pikap pada bulan lalu.

Model CKD pertama MMM, Mitsubishi ASX menyumbang jualan pada Mac dengan kenaikan 22 peratus kepada 207 unit berbanding 170 unit pada Februari.

Mitsubishi-Outlander-2016-mekanika (2)

Sejak prebiu media sebulan lalu, SUV Mitsubishi Outlander serba baharu telah menerima lebih 300 tempahan. Angka itu jauh melebihi sasaran jualan sebanyak 100 unit sebulan.

SUV tujuh tempat duduk itu baru sahaja dilancarkan pada awal bulan ini dan sudah boleh didapati di semua bilik pameran Mitsubishi.

Mitsubishi-ASX-facelift-2015-mekanika (1)

MMM kini mempunyai 56 buah bilik pameran (47 pusat 3S) dan 52 pusat servis di di seluruh negara. Di Malaysia Timur, MMM diwakili oleh 13 buah bilik pameran (6 di Sarawak dan 7 di Sabah).

Maklumat lanjut mengenai kenderaan Mitsubishi, sila layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Mitsubishi Motors Customer Careline di talian: 1800 18 6611

Google ads
Back to top button