" "
Artikel Pilihan

MODEL BARU YANG AKAN DILANCAR TAHUN 2021. JANGAN SALAHGUNA DUIT KWSP PULAK

Walaupun dilanda dengan pandemik COVID-19, pasaran automtif negara tidaklah terlampau suram sehinggakan tiada model baru dilancarkan langsung. Kesan daripada pandemik ini, beberapa pelancaran model baru terpaksa ditunda ke tahun 2021. Tapi yang bagusnya ia memberi peluang kepada pengeluar untuk membaiki tahap kualiti kenderaan dengan leboh baik sebelum dilancarkan

Berikut adalah beberapa model kereta yang bakal dilancarkan pada tahun 2021 nanti

1. Honda City RS- walaupun 3 versi petrol sudah dilancarkan pada tahun ini, Honda Malaysia masih lagi menyimpan varian tertinggi iaitu City-RS yang dilengkapi dengan teknologi hibrid motor berkembar i-MMD. Berdasarkan kerangka automotif negara yang menyokong aktiviti CKD bagi kenderaan hibrid, kami menjangka harga yang ditawarkan agak kompetitif

2. Perodua D55L – berdasarkan pemerhatian kami, pelan asal SUV kompak Perodua ini biasanya akan dilancarkan hujung tahun. Namun disebabkan pandemik, kami menjangkakan model ini akan dilancarkan pada suku pertama atau kedua tahun 2021. Harganya mungkin antara harga Myvi dan juga Aruz

3. Toyota Vios/ Toyota Yaris – kami menjangkakan Toyota akan membuat pengumuman berkenaan model ini pada 17 Disember nanti. Bagi kami agak mengejutkan kerana Toyota mampu bertindakbalas dengan cepat terhadap model pesaing yang keluar. Disebebkan sudah hujung tahun, jadi model ini mungkin akan mulai sampai ke pengguna pada Januari 2021.

Antara ciri ciri unik yang ada ialah rekaan lampu LED (semua varian) dengan fungsi follow me home, 7 beg udara (semua varian), Pre-Collision System, Lane Departure Alert, dan kemera 360 darjah. Dalam perkembangan lain, terdapat gosip mengatakan Toyota bersedia melancarkan Toyota Vios GR iaitu model Vios versi Gazoo Racing. Tak sabar woi.

sumber gambar rakan media, Automachi

4. Proton Persona / Proton Iriz – rasanya baru saja kami memandu uji model Persona dan Iriz yang telah dipertingkatkan tahun lepas, pujian harus diberikan pada Proton kerana berani memperkenalkan model yang ditambahbaik. Antara gosip yang kami dengar ialah pengenalan transmisi 4 kelajuan automatik yang dibekalkan oleh Hyundai Power Transys (sama seperti Saga) serta model khas dengan kemasan warna kuning

Kami rasa warna Myvi Kuning Taliban sangat menggerunkan sehingga menyebabkan kereta lain menggunakan kemasan warna kuning untuk menjadikan kereta mereka power.

5. Honda City Hatchback – biasanya jika model Jazz dilancarkan, ia akan disusuli dengan pengenalan City. Namun perkembangan terkini menyaksikan Jazz tidak akan dijual di pasaran ASEAN dan digantikan dengan model Honda City kontot. Tapi Honda ni pandai, ciri-ciri unik yang ada pada Jazz dikekalkan pada model ini seperti kusyen belakang yang boleh dilipat dengan pelbagai cara dikekalkan seperti biasa.

6. Peugeot 2008 – beberapa keping gambar Peugeot 2008 yang diuji di jalan raya sekitar Gurun membuktikan model ini dalam fasa akhir ujian untuk homologasi untuk negara ini. Model ini dibangunkan dengan menggunakan platform CMP (common modular platform) akan dikuasakan dengan 2 pilihan enjin samaada 1.2 turbo PureTech petrol atau 1.6 TurboDiesel dengan transmisi 6 kelajuan atau kalau bernasib baik 8 kelajuan

7. Volkswagen Golf GTi MK8 – beberapa keping gambar yang tular di media sosial memberi bayangan yang model hothatch ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Ia akan dikuasakan dengan enjin EA888 2000cc turbo yang menghasilkan 241 kuasa kuda dan 370Nm tork dengan gandingan transmisi DSG berkembar 7 kelajuan

Bagi menjinakkan kuasa enjin, Golf GTi akan dipadankan dengan sistem differential elektronik XDS, sistem suspensi MultiLink pada bahagian belakang, damper adaptif DCC dan juga Vehicle Dynamics Manager

8. Toyota Corolla Cross – dilancarkan di Thailand pada tahun 2020, Corolla Cross merupakan sedan Corolla yang dijadikan SUV (sama seperti CRV yang diasakan daripada Civic). Dikuasakan dengan enjin Dynamic Force 2000cc atau 1800cc dan padat dengan segala teknologi terkini seperti Pre-Collission System, Toyota Safety Sense, Ruang Kargo sebesar 487 liter serta kemasan dalam kulit.

Jika UMW bercadang untuk memasang Corolla Cross ini di kilang serba baru mereka di Bukit Raja, maka kami akan menjangkakan harga yang ditawarkan sangat kompetitif bagi membolehkannya bersaing dengan lebih adil dengan Mazda CX-5 serta Honda CRV

Google ads
Back to top button