Buletin

JENAMA KOREA UNGGULI CARTA KEBOLEHPERCAYAAN J.D. POWER 2022

Kajian terbaharu Vehicle Dependability Study 2022 oleh J.D. Power berjaya membuktikan jenama Jepun kini bukan lagi antara yang teratas sebagai jenama automotif yang boleh dipercayai, akan tetapi ia kini dikuasai oleh jenama automotif Korea!

Menurut J.D. Power, Kia dan Genesis masing-masing menggungguli tempat pertama dalam kategori pasaran massa dan segmen kenderaan premium, sementara jenama Hyundai pula berada dua anak tangga di belakang Kia.

Namun begitu, Toyota masih lagi merupakan jenama Jepun yang boleh dipercayai dengan mendudukii tangga keempat, manakala Lexus pula menduduki tangga kedua.

J.D. Power menggunakan skor berskala 1,000 poin di mana mereka menentukan bilangan masalah yang dihadapi oleh pemilik sesebuah jenama untuk setiap 100 unit kenderaan (PP100) – bermakna semakin rendah skor, semakin baik.

Berikut merupakan skor yang diperoleh untuk segmen pasaran massa dan juga pasaran premium:

Pasaran massa:

Kia – 145 PP100
Buick – 147 PP100
Hyundai – 148 PP100
Toyota – 158 PP100
Dodge – 166 PP100

Pasaran Premium:

Genesis – 155 PP100
Lexus – 159 PP100
Porsche – 162 PP100
Cadillac – 168 PP100
Lincoln – 180 PP100

Antara masalah yang kerap diutarakan adalah berkenaan sistem infotainmen, terutama ciri seperti pengecaman suara terbina, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem Bluetooth serta masalah kekurangan slot pengecasan.

Dalam masa yang sama, J.D. Power turut mengeluarkan senarai kenderaan yang paling dipercayai berdasarkan segmen yang diwakili, dan tidak mengejutkan apabila jenama seperti Toyota dan Lexus mengungguli kategori masing-masing.

Berikut merupakan senarai penuh model yang paling boleh diharap berdasarkan segmen kenderaan di Amerika Syarikat.

Compact Car – Toyota Corolla
Compact Sporty Car – Mazda MX-5 Miata
Midsize Car – Hyundai Sonata
Midsize Sporty Car – Ford Mustang
Large Car – Chevrolet Impala
Minivan – Dodge Grand Caravan
Small SUV – Buick Encore
Compact SUV – Buick Envision
Midsize SUV – Hyundai Santa Fe
Upper Midsize SUV – Kia Sorento
Large SUV – Chevrolet Suburban
Midsize Pickup – Nissan Frontier
Large Light Duty Pickup – Toyota Tundra
Large Heavy Duty Pickup – Chevrolet Silverado HD
Premium Compact Car – BMW 4 Series
Premium Midsize Car – Lincoln MKZ
Premium Small SUV – Lexus UX
Premium Compact SUV – Lexus NX
Premium Midsize SUV – Lexus RX
Premium Upper Midsize SUV – Porsche Cayenne

Sumber: J.D. Power

Google ads
Back to top button