Buletin

MAZDA LEBIH DIPERCAYAI BERBANDING TOYOTA DAN LEXUS – CONSUMER REPORTS

Sejak sekian lama, Toyota dan Lexus mengungguli kaji selidik tahunan Consumer Reports berkaitan aspek kebolehpercayaan sesebuah kenderaan. Tetapi rekod itu akhirnya berjaya dipecahkan oleh Mazda apabila ia menduduki tempat pertama dalam kaji selidik berkenaan. 

Mazda diangkat ke tempat pertama kerana ia menggunakan rangkaian juasa dan transmisi auomatik enam kaluan konvensional dan bukannya CVT yang dilihat lebih fragile. Mazda juga tidak bergantung kepada sistem infohibur yang terlalu rumit.

Sebaliknya, pengeluar kenderaan itu menggunakan skrin tidak terlalu besar, butang serta dail yang senang dioperasi tanpa perlu membuatkan pemandu mengalihkan pandangan daripada jalan raya.

Roadster MX-5 menjadi model paling boleh dipercayai dengan skor 98/100, diikuti oleh CX-30m CX-3 dan CX-5 yang mencatat mata 85 ke atas. 

Toyota dan Lexus pula berada di tempat kedua dan ketiga dalam senarai tersebut. Dalam kalangan jenama Eropah, Porsche berada di kedudukan paling tinggi iaitu 9. BMW naik lima anak tangga ke tempay ke-2, Audi di tempat ke14 di Mercedes-Benz agak ketinggalan dengan hanya mampu berada di tempat ke-20. 

Tempat paling bawah dihuni oleh jenama Ford, MIN, Volkswagen, Tesla dan Lincoln. Ford Explorer menerima markagh paling sedikit berbanding semua model lain dengan hanya 1 mata. Terima kasih kepada enjin, bahagian badan. peralatan kuasa, elektronik dan transmisi yang mendapat kecaman ramai. 

Model Y menjadi punca kenapa Tesla berada di bawah senarai. Pemilik Model Y yang memulakan produksi pada Januari lalu melaporkan pelbagai masalah termasuklah panel badan dan cat yang tidak selari.  

Ranking itu dilakukan secara tahunan berdasarkan kaji selidik ke atas 300,000 pemilik kenderaan. 

Google ads
Back to top button