
GAMBAR VOLVO EX30 EV TERTIRIS DI INTERNET, SPESIFIKASI PENUH DITEMUI
Imej crossover baru elektrik sepenuhnya iaitu Volvo EX30 telah tertiris sebelum pelancarannya di peringkat global pada 7 Jun 2023 di laman sosial Twitter. Volvo EX30 merupakan crossover terkecil yang dihasilkan oleh Volvo setakat ini.
Dari segi rekaan luar, Volvo EX30 menggunakan inspirasi rekaan Volvo EX90 yang lebih besar dan mewah. Sebelum gambar Volvo EX30 tertiris, imej rekaan dalam bentuk lukisan telah terdedah kepada umum beberapa bulan yang lepas.
Dari segi rekaan luar, saiz Volvo EX30 adalah jauh lebih kompak berbanding dengan XC40. Sebagai rujujan, Volvo XC40 datang dengan panjang 4440mm, lebar 1910mm dan tinggi 1651mm. Manakala jarak antara roda adalah 2702mm
Dari segi anggaran saiz, Volvo EX90 akan dihasilkan dengan panjang antara 4200mm ke 4250mm jika ia menggunakan rim bersaiz 20 inci. Jika EX30 menggunakan rim bersaiz 19 inci, maka panjang keseluruhan kurang daripada 4000mm
Pada masa yang sama, laman sesawang automotif Autocar juga mengesahkan Volvo EX30 akan ditawarkan dengan 2 pilihan bateri serta satu pilihan pacuan semua roda AWD. Satu varian akan ditawarkan dengan bateri sebesar 51kWh Lithium ion Fosfat seperti yang digunakan oleh Tesla dan juga BYD
Satu pilihan bateri ialah bateri Nickel Kobalt Manganese yang berupaya menyimpan tenaga sebesar 69kWh. Jika dipadankan dengan sistem pacuan belakang sahaja, EX30 berupaya dipadu sejauh 480km untuk satu pengecasan penuh



