Buletin

MODENAS HADIAHKAN MOTOSIKAL KEPADA ANAK MUDA PENCINTA HAIWAN

Rezeki memang tak salah alamat. Kisah seorang pemuda dari Butterworth yang melakukan dua kerja sebagai krew pembersihan juga atendan parkir hanya untuk berkongsi rezeki dengan haiwan jalanan tular minggu lalu.

Kisah anak muda Anfalazie Anuar, 30, mendapat perhatian meluas apabila membelanjakan sebahagian besar pendapatannya semata-mata untuk memberi makan kepada kucing dan anjing di sekitar daerah Butterworth.

Kisah beliau dikongsi oleh rakannya, Azman Ali berkongsi di laman sosial Facebook. Azman berkongsi kisah kepayahan beliau apabila motosikalnya rosak. Beliau terpaksa meminjam motosikal lain daripada adiknya.

Pihak Modenas kemudian terpanggil untuk membantu anak muda ini. Semalam, menerusi CEOnya, Modenas menyerahkan sebuah motosikal CT115 kepada Ann.

Berikut adalah catatan dari saudara Azman.

…………………………………………………………………………..

Rezeki orang yang Ikhlas dan berhati mulia

Perancangan untuk buat kejutan pada Ann bermula sejak tiga minggu lalu. Melalui idea marketing manager Modenas, saudara Safirin telah mendapat kelulusan CEOnya encik Roslan.

Rezeki Ann mula datang sejak kisahnya menghabiskan separuh gajinya untuk beri makan kucing dan anjing mula diviralkan awal bulan ni. Berikutan keadaan motorsikalnya yang agak uzur cik Michelle dari kelab pecinta haiwan KL mula membuat tabung untuk gantikan motor baru. Apabila wang yang dikumpulkan hampir sampai sasaran tiba2 Modenas pula berbesar hati ingin menyumbangkan motor baru juga helmet givi pada saudara Ann.

Itulah yang dikatakan rezeki doa dari haiwan2 comel yang Ann bagi makan setiap hari untuk menyambung nafas mereka. SubhanAllah itulah yang tertulis bagi mereka yang ikhlas.

Baru sahaja selesai majlis kecil kejutan buat saudara Ann, terketar2 tangan dia nak sign invoice tadi. Aku turut tumpang gembira atas usaha kecil aku Ann dapat habuan, bolehlah dia bawa ibunya beraya dengan selesa tahun ni.

#Modenas
#DRBHicom
#ct115s

………………………………………………………………………………….

Google ads
Back to top button