Buletin

MODULO DEDAH AKSESORI HONDA CIVIC TYPE-R DI JEPUN 

Pasaran aksesori aftermarket di Jepun bernilai berbilion ringgit. Maka tidak hairanlah jika belum pun dijual di pasaran Jepun, pelbagai aksesori untuk Honda Civic Type-R baharu sudahpun didedahkan.

Jentera berkuasa tinggi itu dijangka dilancarkan di Jepun pada akhir September depan. Varian sedan dan hatchback bagaimanapun telah diperkenalkan minggu lalu. Aksesori yang ditawarkan eksklusif di Jepun itu dikatakan mengambil inspirasi daripada model generasi sebelumnya.

Antara jenama yang menawarkan aksesori untuk Civic Type-R baharu ini ialah Modulo. Berdasarkan kepada laporan, Modulo menawarkan pilihan aksesori yang luas. Memandang Type-R hadir dalam kemasan merah sebagai warna standard, maka aksesori Modulo didatang dalam warna merah atau hitam.

Ini termasuklah brow besar untuk lampu hadapan dan gril, skirting sisi, kemasan trunk serta perumah cermin sisi. Modulo turut menawarkan rim dengan kemasan oren yang dikenali sebagai MS-037.

Setiap barangan ini dijual secara beraingan pada harga bermula 1,5120 yen (RM584) untuk perumah cermin sisi. Pelanggan juga boleh menempah rim aloi bersaiz 18 inci berwarna putih (Champinship White) pada harga 270,895 yen (RM10,500).

Selain itu, gril dengan kemasan berwarna merah dipadankan sama ada perumah cermin sisi berwarna hitam atau merah. Tidak ketinggalan, lampu kabus dengan tinted kuning dan wing belakang yang dibalut gentian karbon berwarna merah.

Kalau nama pun Type-R, aksesorinya tidak lah murah. Untuk wing belakang itu sahaja, anda perlu membayar 172,800 yen (RM6,682). Peh!

Modulo menyerlahkan lagi ruang kabin dengan kemasan karbon berwarna merah. Aksesori lain termasuklah panel instrumen berharga 48,600 yen RM1,880), tombol gear 20,880 yen (RM807) dan kemasan pintu 46,440 yen (RM1,800).

BACA: TRANSMISI AUTO TERLALU BERAT UNTUK CIVIC TYPE-R

Kalau masih belum cukup, Modulo ada menawarkan pelbagai kemasan karbon untuk papan pemuka, panel pintu, karpet dan banyak lagi. Sediakan duit sahaja sambil mengurut dada…

GALERI

 

Google ads
Back to top button