Buletin

HONDA CIVIC TYPE R MILIK MAX VERSTAPPEN KEMBALI DIJUAL, SIAPA NAK?

Pada lewat tahun 2021, Max Verstappen membuat keputusan untuk menjual Honda Civic Type R GT 2018 selepas memenangi kejuaraan Formula One buat kali pertama.

Kini, unit yang sama kini sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat, dengan menampilkan tandatangan bintang F1 pada bahagian belakang dan papan pemuka.

Sejak dijual kepada pemilik warga Netherlands, Civic Type R FK8 ini sekadar mencatatkan perbatuan tambahan sebanyak 500 km sahaja, berbanding nilai asal 58,000 km.

Menurut penjual, unit Civic FK8 ini masih lagi berada dalam kondisi cemerlang dengan tahap penggunaan yang minima, malah keadaan mekanikal kereta ini juga berada di tahap baik.

Civic Type R FK8 ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 316 hp dan 400 Nm, serta turut dilengkapi ciri seperti kawalan jelajah adaptif, kemasan gentian karbon luar dan dalam, ekzos sports serta siap dengan pencuci lampu utama.

Ketika artikel ini ditulis, bidaan terkini di Catawiki sudah mencecah nilai € 55,000 (RM257,797). – Carscoops

Google ads
Back to top button