BuletinMotosikal

MOTOGP: APRILIA AKAN BUAT KEJUTAN DALAM PERLUMBAAN SETERUSNYA

Satu kenyataan yang agak berani tetapi Aprilia mula menunjukkan taring bila Aleix Espargaro berjaya mengutip mata pertama musim ini dengan kedudukan tempat ke sepuluh setelah tamat perlumbaan MotoGP Austin.

Walaupun jika difikirkan apa sangat hebatnya dengan kedudukan ke-10 tetapi jika diambil kira pencapaian Aprilia di litar yang sama sebelum ini dan permulaan perlumbaan dari petak ke-19 dan faktor enjin yang berfungsi dengan baik. Espargaro yakin yang Aprilia mampu mencipta kejutan dalam perlumbaan akan datang.

Espargaro mengakui yang kedudukan ke sepuluh masih belum mencukupi tetapi setelah apa yang dilalui pada musim lalu di litar yang sama, Aprilia akan kembali bangkit. Masalah setting semasa sesi ujian berjaya diatasi dengan kedudukan kelima dalam ujian masa.

Beliau turut menghadapi kesukaran bila bermula dari petak ke-19 bila semua pelumba lain turut berlumba secara laju dan agresif pada permulaan perlumbaan. Espargaro bagaimanapun kekal fokus bagi memulakan kesilapan dan memotong pelumba lain sebanyak mungkin. Faktor enjin yang dalam keadaan terbaik juga banyak membantu.

Tapi menunggang secara agresif ada harganya bila tayar belakang Espargaro mula bermasalah sekaligus menimbulkan kesukaran untuk beliau bersaing dengan kelompok utama dan mula kehilangan pecutan. Tapi kedudukan ke-10 jauh lebih baik dari sebelumnya, bahkan beliau juga gagal menamatkan perlumbaan dalam dua perlumbaan terawal musim ini.

Beliau turut menyatakan keyakinan yang Aprilia akan mendapat kedudukan yang lebih baik pada perlumbaan di Eropah selepas ini. Ini kerana tahap kerjasama pasukan, jentera dan beliau sendiri berada pada kedudukan yang terbaik.

BACA: MOTOGP USA: MOTIVASI KHAS MENJADI TONIK KEJAYAAN MARQUEZ

Kesilapan awal mereka sewaktu ujian masa ialah kerana tidak menala motosikal dengan baik. Antaranya ialah faktor kekurangan berat di bahagian hadapan yang sedikit sebanyak menjejaskan pecutan.

Masalah tersebut berjaya diatasi dan jentera mereka kembali kompetitif. Dalam keadaan terbaik, Espargaro mendakwa tidak mustahil mereka mampu berada pada kedudukan ke-8 dan untuk membuktikannya mereka sudah tidak sabar untuk bergerak ke Eropah untuk pusingan seterusnya.

Beliau turut menyatakan keserasian beliau dengan jentera baru musim ini. Walaupun ia kelihatan sama seperti jentera musim lalu tetapi ia sebenarnya banyak perbezaan.

Enjinnya juga berada dalam keadaan terbaik kerana Espargaro mendakwa berjaya bersaing dengan Honda, Yamaha dan Ducati sepanjang perlumbaan. Malah beliau juga berjaya memotong pada garisan lurus yang membuktikan kekuatan jentera baru Aprilia ini.

Google ads
Back to top button