ModifikasiMotosikal

SUSPEK CUBA SAMUN YAMAHA Y15ZR DI DAMANSARA SUDAH DITAHAN POLIS

Polis mengesahkan bahawa salah seorang suspsk yang terlibat dalam cubaan menyamun sebuah motosikal Yamha Y15ZR milik penunggang Grab Food sudah ditahan.

Suspek ditahan oleh polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada pukul 4.45 pagi, Sabtu di sebuah pangsapuri di Jalan Kuang Bertam 9, Taman Kepong, Kuala Lumpur.

Tangkapan itu dibuat berikutan telefon bimbit suspek tertinggal lokasi kejadian yang menyaksikan dia dan rakannya terpaksa berputih mata apabila mangsa melawan semula.

Video klip yang dirakam di Phileo Damansara 2 itu tular sejak petang Jumaat dan gerakan mencari kedua-dua orang suspek giat dijalankan oleh pihak polis.  

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din memberitahu suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan bersama rakannya yang masih bebas.

Butiran terperinci rakan suspek sudahpun dikenal pasti. Mereka berdua sebenarnya bertemu dan berkawan sejak tahun 2010 di Penjara Kajang.

Suspek, 33, dikatakan memiliki tiga rekod jenayah lampu berkaitan samun mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan, 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mohd Zani juga menberitahu motosikal jenis Yamaha 125Z, rangkai kunci motosikal, helmet berwarna hitam dan pengunci fork yang dipercayai digunakan ketika menyamun.

Justeru dia kini ditahan reman selama enam hari mulai Sabtu lalu.

sumber: Astro Awani

Google ads
Back to top button