BuletinMotosikal

MOTOGP MUGELLO: ROSSI TIDAK NAFIKAN POTENSI LORENZO YANG DIKATAKAN AKAN SERTAI PASUKAN YAMAHA SATELIT

Valentino Rossi menyatakan yang jika benar Jorge Lorenzo akan berpindah ke pasukan Yamaha satelit, cabaran yang akan diberikan adalah sama seperti yang dihadapi beliau dari Johann Zarco dari pasukan Tech3 tahun ini. Beliau berkata demikian bila diminta mengulas mengenai khabar tentang perpindahan Lorenzo itu.

Walaupun cabaran akan menjadi semakin sengit tapi juara dunia dri Itali itu lebih suka memandangnya dari aspek positif. Laporan menyatakan yang Lorenzo bakal membuat kejutan dengan berpindah ke pasukan Yamaha satelit berwajah baru manakala Rossi dan Maverick Vinales sudahpun menandatangani kontrak untuk kekal di pasukan rasmi Yamaha sehingga penghujung tahun 2020.

Lorenzo kelihatan ingin meninggalkan pasukan rasmi Ducati dan dengan kesukaran mendapatkan tempat sebagai pelumba pasukan rasmi untuk musim akan datang, juara dunia tiga kali itu dikatakan akan mengambil jalan selamat dengan kembali ke Yamaha walaupun dengan menyertai pasukan satelit.

Khabar angin juga menyatakan yang kemungkinan Marc VDS akan mengambil tempat kosong bagi pasukan Yamaha satelit berikutan langkah Tech3 yang sudah disahkan akan menyertai kem KTM musim depan.

Penaja utama Lorenzo, Monster juga dikatakan akan terus menaja M1 jika mereka bertukar bertukar dari Tech3 ke Marc VDS tapi Lorenzo dikatakan akan terpaksa menerima jentera musim sebelumnya, perkara biasa bagi sebuah pasukan satelit.

BACA: MOTOGP: ROSSI MENUNGGU ‘SESUATU’ DALAM SESI UJIAN SETERUSNYA

Rossi turut mengatakan yang kembalinya Lorenzo ke pasukan Yamaha walaupun pasukan satelit akan membuka cabaran dan peluang-peluang baru. Sebagai seorang pelumba yang baik dan berpengalaman, Lorenzo juga berupaya menunggang jentera Yamaha dengan laju.

Laluan untuk menjadi juara memang semakin sukar dengan adanya Lorenzo dalam pasukan yang sama tapi pada masa yang sama ia akan menjadi motivasi buat pelumba Yamaha lain untuk meningkatkan taraf permainan mereka.

Vinales yang mengambil tempat Lorenzo dalam Ducati pula berkata beliau yakin pengalaman Lorenzo dengan pasukan lain sebelum ini akan dapat membantu Yamaha. Sebagai pelumba pelumba berpengalaman dan juara dunia, tidak mustahil beliau mampu mengulang kejayaan jika diberikan peluang dan jentera yang sesuai.

Google ads
Back to top button