
HARGA PROTON SAGA KINI BERMULA BAWAH RM30K – MURAH BETUL NI…
Sempena musim perayaan ini, PROTON tampil dengan tawaran terhebat ke atas model Saga menerusi harga terbaik dalam tempoh 10 tahun.
Kini anda boleh memiliki sebuah PROTON Saga pada harga bawah RM30,000 seunit. Selain kadar sifar GST, anda juga akan menerima ‘duit raya’ sebanyak RM3,500 bagi setiap pembelian Saga.
Jika membeli Iriz dan Ertiga, penjimatan adalah sebanyak RM4,000. Manakala Persona membolehkan anda berjimat sehingga RM3,000. Justeru, pelanggan sebenarnya berpeluang berjimat di antara 12 hingga 18 peratus, bergantung kepada model kereta.
Harga model-model PROTON adalah seperti berikut:
Pemeriksaan 20 poin percuma
Selain promosi jualan, PROTON juga menawarkan pemeriksaan 20 poin percuma di semua cawangannya di seluruh negara, bermula sekarang sehingga 15 Jun 2018.
Pemeriksaan itu merangkumi operasi pedal brek dan klac, suis-suis, lampu dan penunjuk di dalam panel instrumen, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri, bilah pengelap cermin, minyak enjin, cecair penyejuk dan lain-lain.
Bagi mereka yang akan melakukan perjalanan pada saat-saat akhir dan ingin melakukan pemeriksaan 20 poin ke atas kereta masing-masing, terutama yang akan pulang jauh menghala ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur, mereka juga boleh ke Stesen PETRONAS terpilih.
Hadiah percuma bagi servis minyak pelincir
Pelanggan yang menghantar kereta untuk diservis dengan menggunakan minyak pelincir Petronas Syntium SE 3000 dan Syntium SE 800 di mana-mana cawangan PROTON, layak untuk mendapat payung yang ekslusif atau set pemutar skru Rolson.
Tawaran ini sah sehingga 15 Jun 2018 atau sementara stok masih ada. Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Kunjungi cawangan PROTON terdekat sekarang.
Maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada kami di [email protected]. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau halaman Facebook rasmi kami di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.
Pelanggan juga boleh memuat turun aplikasi mudah alih rasmi MyProton melalui Google Play dan Apple App Store.