Artikel PilihanBuletin

MUGEN JEPUN AKAN MEMPRODUKSI SEMULA RIM ALOI IKONIK MUGEN M7!

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Tahukah anda perkakasan Mugen di pasaran sudah mencapai harga tak masuk akal? Stereng Mugen “Mickey Mouse” kini berharga lebih RM20,000, rim MF10L 15 inci juga sekitar harga yang sama. 

Ia kerana permintaan menggila oleh peminat Honda di seluruh dunia. Peralatan kecil seperti lips hadapan Mugen kini mencecah RM7,000 – RM8,000, radiator cap Mugen RM1,000 dan beberapa lagi benda yang langsung tak dapat anda bayangkan betapa mahalnya barang-barang koleksi ini.

Oh Ya. meter Mugen pun harga berbelas ribu sekarang. Permintaan mendadak seluruh dunia menyebabkan harganya melambung tinggi.

Ini berita baik di mana menurut salah satu pengedar rasmi Mugen di Amerika Syarikat According to King Motorsports, Mugen Jepun sedang merancang untuk mengeluarkan semula rim Mugen M7.

Menurut King Motorsport,

Scott (pemiik /operator King Motorsports), setelah menerima banyak pertanyaan dan permintaan telah berusaha untuk mendesak Mugen Jepun untuk memproduksikan semula rim ikonik M7. Usaha beliau (termasuklah beberapa perjalanan ke Ibu Pejabat Mugen di Saitama Jepun) memperlihatkan perkembangan yang positif.

Sabtu lepas Mugen menerusi King Motorsports Unlimited bersedia untuk mempamerkan prototaip versi awal. Penting untuk difahami bahawa versi baharu ini mungkin sedikit berbeza kerana tahap standard keselamatan hari ini yang semaki ketat. Tidak seperti tahun 1992, pembuat rim di Jepun sudah tidak lagi fokus. Kebanyakannya sudah berpindah ke China atau Taiwan.

“M7 mesti dibuat di Jepun, atau mereka tak akan membuatnya langsung”

Selain Mugen MF10L, Spoon SW388, Mugen M7 adalah antara rim yang mendapat sambutan hangat di kalangan peminat JDM. Satu set lengkap bersaiz 15X6.5 di pasaran terpakai berharga sekitar USD1,500 – USD2,000. Untuk spec NSX pula (16×8 depan dan 17×9 belakang) harganya boleh mencapai USD10,000.

Ketika diperkenalkan pada 1992, M7 merupakan rekabentuk “aneh” dengan tujuh jejari yang diikat pada flange 12 titik.  Di eranya juga, ia antara rim yang mempunyai teknologi permukaan aluminium yang dibuat menerusi proses CNC.

Tags
Google ads
Back to top button
Close