" "
Buletin

FERRARI TANPA CUKAI JALAN 10 TAHUN DITAHAN DALAM SATU OPERASI

Dalam satu operasi Op Khas Bersepadu Genting, di Plaza Tol Gombak, Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak semalam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pemandu Ferrari atas kesalahan memandu tanpa cukai jalan yang sah.

Kereta tersebut tidak mempunyai cukai jalan selama 10 tahun.

Operasi bersepadu selama dua hari tersebut turut melibatkan agensi lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Gombak, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, operasi ini dibuat berikutan peningkatan aktiviti kesalahan bagi pemilik kereta sport dan juga motosikal berkuasa tinggi yang menjadikan Lebuhraya Karak sebagai lokasi perlumbaan.

Pelbagai saman telah dikeluarkan. Antaranya ialah 94 pemandu dikesan memandu tanpa lesen yang sah, 31 kesalahan tiada cermin sisi, kesalahan cukai jalan sebanyak 54 kes, nombor pendaftaran tak ikut peraturan sebanyak 90 kes, talipinggang keledar 12 kes, menggunakan lorong kecemasan 6 kes, kesalahan lesen P dan L sebanyak 15 kes serta 49 lagi kesalahan lain.

Google ads
Back to top button