Buletin

PEPSI SYARIKAT PERTAMA TERIMA TRAK TESLA SEMI DISEMBER INI

Dalam satu hantaran ciapan di Twitter, CEO Tesla Elon Musk mengumukan penghantaran kumpulan pertama trak elektrik Kelas 8 Tesla Semi bakal bermula pada 1 Disember ini.

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan Pepsi sebagai syarikat pertama yang bakal menerima kehadiran trak elektrik yang mempinyai jarak gerak sejauh 804 km.

Tesla Semi pada mulanya debut pada November 2017, dengan keupayaan pecutan 0-96 km/j dalam masa 5 saat tanpa sebarang muatan trailer di belakang, atau 20 saat apabila membawa tailer muatan 36 ribu kg.

Bergantung kepada opsyen bateri, Tesla Semi boleh mencapai jarak gerak sejauh 483 km atau sehingga 804 km dengan pengecasan di Tesla Megacharger sepantas 30 minit untuk jarak sehingga 644 km.

PepsiCo merupakan antara syarikat terawal yang menempah sebanyak 100 unit Tesla Semi, diikuti Walmart Canada (130 unit) dan Anheuser-Busch (40 unit), sementara Frito-Lay – syarikat subsidiari penuh milik PepsiCo turut menempah 15 unit trak tersebut. – Reuters

Google ads
Back to top button