Motosikal

VOGE RR1000 LANCAR 2026 – KONGSI ENJIN BMW S 1000 RR

Bagi yang tidak tahu, pengeluar motosikal China, Loncin, menjalinkan kerjasama erat dengan jenama terkemuka, BMW. 

*BMW F 900 GS

Ini kerana Loncin bertanggungjawab membekalkan beberapa enjin untuk BMW termasuk skuter maxi C 400 X dan C 400 GT, model 900cc termasuk F 900 R, F 900 XR dan F 900 GS serta F 850 GS. 

Kerjasama itu juga menyaksikan Loncin menerusi jenama motosikal premium Voge memperkenalkan motosikal adventure DS900X yang dikuasakan enjin sama terdapat pada model 900cc BMW. 

*Voge DS900X

Terbaru, kerjasama Loncin dan BMW akan bertambah erat bermula tahun ini dengan jenama motosikal China itu sedang membangunkan beberapa model baharu yang dikuasakan enjin dari BMW sendiri. 

Berdasarkan maklumat diperolehi, Loncin menerusi jenama premiumnya Voge akan memperkenalkan jentera ‘superbike’ yang dinamakan RR1000 pada 2026.

Menurut laporan, Voge RR1000 itu akan dikuasakan enjin 4-silinder 999cc yang sama terdapat pada BMW S 1000 RR. Maklumat ini adalah relevan susulan kerjasama erat antara dua belah pihak yang bermula sejak 2005. 

*BMW S 1000 RR

Usaha sama seperti ini bukan lagi asing seperti yang dibuktikan CFMOTO yang menjalinkan kerjasama dengan KTM. CFMOTO bukan sahaja menghasilkan model KTM 790 Duke dan 790 Adventure malah turut mengeluarkan 800MT dan 800NK dengan masing-masing dikuasakan enjin LC8c yang sama diguna pakai KTM. 

Oleh demikian, pembangunan jentera superbike dari Voge yang dikuasakan enjin S 1000 RR adalah munasabah. 

Kami jangkakan akan lebih banyak info mengenai Voge RR1000 ini akan timbul dalam tempoh setahun dua ini. 

Google ads
Back to top button