Motosikal

KOLABORATIF DUCATI, LAMBORGHINI LAHIR DIAVEL 1260 LAMBORGHINI EDISI TERHAD. 630 UNIT SAHAJA

Ducati memperkenalkan jentera edisi terhad terbaharu Diavel 1260 Lamborghini.

Melalui namanya sahaja, kita sudah mengetahui dari mana Ducati mendapat inspirasi untuk membangunkan jentera terbaharu ini.

Diavel 1260 Lamborghini merupakan motosikal pertama hasil koloboratif antara dua gergasi automotif Ducati dan Lamborghini.

Model edisi terhad ini lahir dengan mendapat inspirasi daripada Lamborghini Sian FKP 37 yang diperkenalkan pada tahun 2019.

Menampilkan rekaan lebih agresif berbanding Diavel 1260 standard, ia dilengkapi ruang kemasukan udara dan pelindung radiator diperbuat daripada gentian karbon.

Selain itu, gentian karbon turut digunakan pada pembikinan spoiler, bingkai lampu utama dan pelindung peredam ekzos.

Diavel 1260 Lamborghini hadir dengan skema warna hijau (Gea Green) dipadankan sentuhan warna emas (Electrum Gold) yang digunakan pada jentera Sian FKP 37.

Bagi memberi penghormatan kepada Lamborghini, ia didatangkan aksen nombor 63 menunjukkan tahun penubuhan Lamborghini.

Jentera ini mendapat khidmat enjin 1.3 liter sama seperti Diavel 1260 S yang memapu menjana kuasa mencecah 160 hp dan tork 129 Nm.

Ciri-ciri lain termasuk sistem brek Brembo, suspensi boleh laras jenama Ohlins, skrin instrumen digital 3.5 inci dan rim 17 inci.

Diavel 1260 Lamborghini boleh didapati pada bulan hadapan dan terhad kepada 630 unit sahaja. – carscoops

Google ads
Back to top button