,
Buletin

MYPERODUA NATION HUJUNG MINGGU INI DITANGGUHKAN KERANA JEREBU

Dalam satu kenyataan media ringkas sebentar tadi, Perodua mengumumkan bahawa acara MYPerodua Nation yang sepatutnya berlangsung esok hingga Ahad akan ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Langkah itu diambil berikutan keadaan jerebu yang semakin buruk di seluruh negara. Karnival tahunan terbesar Perodua itu sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini (20 hingga 22 September) di Setia City Oval Lawn, Setia Alam.

“Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan sekitar dilaporkan sangat tidak sihat dengan catatan bacaan melebihi 200. Perodua tidak akan sama sekali mendedahkan para pelanggan, pelawat dan kakitangan kami kepada sebarang risiko kesihatan.

“Kami dengan rendah hati ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku akibat berikutan penangguhan MYPerodua Nation 2019,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Perodua sedang mengkaji semua alternatif dan akan mengumumkan perkembangan mengenai acara ini dalam masa terdekat.

Tags
Google ads
Back to top button