Motosikal

YAMAHA 135 LC EDISI KHAS. NAIK TARAF KOSMETIK. BERMULA RM7,118

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini memperkenalkan model 135 LC Special Edition (SE) ke pasaran Malaysia.

Bakal berada di kedai motor seluruh negara bermula September 2019, jentera itu ditawarkan pada harga bermula RM7,118 seunit (tidak termasuk cukai jalan, insurans dan nombor plat).

Seperti biasa, itu hanyalah harga daripada HLYM. Tak payah nak terkejut sangat kalau harga naik sedikit (atau banyak) bila sampai di kedai.

Pembaharuan yang diterima oleh Yamaha 135 LC SE melibatkan kosmetik. Antaranya warna dan grafik baharu ‘Knight Blu’. Selain grafik ‘135 LC logo’ pada rodanya.

Selain itu, ia juga menerima kowling enjin, ventilator udara pada bahagian sisi, panel dada berwarna hitam dan panel hitam yang baru.

Setiap pembelian motosikal ini akan disertakan dengan kunci cakera Yamaha secara percuma.

135 LC SE masih menggunakan enjin SOHC bersesaran 134cc dengan sistem penyejukan cecair yang mampu menjana kuasa 12hp dan tork 11.9Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac automatik rotasi 4-kelajuan.

TugaS membrek diserahkan kepada brek cakera di hadapan dan jenis gelendong (belakang). Sistem ampaian pula terdiri daripada fork telekopik di depan dan monoshock di belakang.

135 LC SE didatangkan dalam 3 warna iatu merah turut memperkenalkan tiga warna baharu iaitu merah, kelabu dan biru.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button