Pandu Uji

TOYOTA VIOS KEKAL KOMPETITIF

Persaingan dalam pasaran sedan segmen B tidak pernah sesengit sekarang. Dengan hampir semua pengeluar kenderaan menawarkan produk terbaik masing-masing, hanya yang terbaik boleh terus hidup. 

SONY DSC

Situasi itu bagaimanapun memberi manfaat kepada pengguna. Kini mereka sudah memiliki banyak pilihan. Pendedahan terhadap maklumat juga membuatkan pengguna semakin bijak memilih dan menilai kereta yang terbaik untuk mereka miliki.

Apabila bercakap tentang segmen ini, satu model yang tidak boleh diketepikan ialah Toyota Vios. Menjadi model bukan nasional paling laris hampir sepuluh tahun lamanya, kedudukan Vios nampaknya kian dicabar oleh para pesaing rapatnya.

20131001_ToyotaViosMediaDrive_0076

Vios terpaksa bersaing dengan model-model seperti Honda City, Nissan Almera, Mitsubishi Attrage, Polo Sedan, Ford Fiesta Titanium (sedan), Kia Rio serta banyak lagi yang pastinya memiliki pelbagai ciri serta kelebihan tersendiri.

Sejak dilancarkan pada Oktober tahun lalu, Vios terus menerima sambutan hangat dengan tempahan mencecah lebih 20,000 unit (hingga Januari lalu). Memandangkan sudah hampir setengah tahun diperkenalkan, apa kata kita imbas kembali ciri-ciri menarik yang ada pada Vios ini.

Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (4)

Bagi memenuhi keperluan pasaran, UMW Toyota Motor menawarkan Vios dalam lima varian iaitu 1.5 TRD Sportivo (A/T), 1.5 G (A/T), 1.5 E (A/T), 1.5J (A/T) dan 1.5J (M/T).

Vios generasi ketiga nyata tampil dengan pelbagai perubahan yang ketara. Ia dapat dlihat dengan jelas dari segi luarannya yang jauh lebih kontemporari berbanding model terdahulu.

Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (6)

Mengaplikasikan bahasa rekaan “Keel Design”, penampilan Vios dimonopoli oleh garis-garis yang panjang dan tajam. Ini sekali gus memberikannya rupa yang lebih dinamik dan maskulin.

Rekaan bahagian hadapannya diserlahkan dengan rekaan lampu utama lebih nipis yang dipadankan bersama bampar yang nampak rendah dan sporty. Untuk varian TRD dan G, ia menggunakan lampu utama jenis projektor halogen. Bahagian belakang pula, bentuk lampunya jauh lebih menarik jika dibandingkan dengan model sebelum ini.

Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (7)

Gaya itu bukan sekadar bersifat estetik semata-mata, malah Vios turut memiliki tahap aerodinamik mencecah 0.28 cd. Aspek aerodinamik itu banyak dibantu oleh rekaan bumbung berbentuk Catamaran yang berfungsi melancarkan aliran udara. Apabila dipandu pada kelajuan tinggi di laluan lurus, sirip penstabil aero dan aliran udara di bahagian bawah kereta pula berfungsi memberi kestabilan lebih baik.

Badan Vios adalah lebih tegar dan ringan. Ia dihasilkan menerusi penggunaan struktur badan yang telah dipertingkatkan. Hasilnya, sedan ini mampu menawarkan pengendalian yang bagus dan mengurangkan tekanan jika terpaksa memandu dalam tempoh lama.

Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (12)

Ketika memandu, anda boleh sedar bahawa kabinnya kini lebih senyap. Terima kasih kepada cagak enjin yang mengurangkan bunyi enjin, selain penggunaan cermin utama jenis akustik dan material kedap bunyi tambahan.

Biarpun mengekalkan enjin dan transmisi empat kelajuan yang digunakan pada model generasi kedua, rangkaian kuasa itu tetap menawarkan prestasi memuaskan. Enjin 1NZ-FE bersesaran 1.5 liter itu mampu menjana kuasa sehingga 109PS dan tork maksimum 141Nm.

02-Performance (VVT-i Engine)

Selepas memandu uji beberapa varian Vios berbeza, saya tiada masalah dengan prestasinya. Malah penggunaan bahan apinya juga lebih menjimatkan berbanding model terdahulu.

Satu lagi aspek yang menerima perubahan besar ialah ruang kabinnya. Anda pasti menghargai rekaan dan material yang digunakan pada Vios. Terutama rekaan jahitan benang pada plastik papan pemuka dan panel sisi yang nampak mahal.

SONY DSC

Sebagai sebuah sedan yahng ideal untuk kegunaan keluarga, Vios mempunyai pelbagai fungsi berguna. Antaranya termasuklah lantai belakang yang rata, pemegang tablet pada konsol tengah, sistem kemasukan pintar, butang penghidup enjin (varian TRD & G) dan sebagainya.

Menyentuh aspek keselamatan, Vios dilengkapi empat brek cakera (varian TRD & G), selain sistem brek ABS, EBD dan BA. Sementara sistem keselamatan pasif Vios pula terdiri daripada dua beg udara SRS, ISOFIX dan banyak lagi.

SONY DSC

Jika anda mahu tampil berbeza, beberapa pilihan aksesori ada ditawarkan. Antaranya ialah sistem DVD- AVN dan DVD AVX dengan kamera undur, serta pilihan filem solar daripada Toyota.

Vios didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu coklat, putih, perak dan hitam. Harganya pula bermula dari RM73,000 hingga RM93,000 seunit.

20131001_ToyotaViosMediaDrive_0093

Sekarang, UMW Toyota ada menawarkan bayaran pendahuluan dan rebat yang menarik. Mungkin ini masa yang terbaik untuk anda memiliki sebuah Vios!

[hr]GALERI 

03-Interior (Dual SRS Airbags)11-Interior (Stylish Meter Panels with MID)Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (1)Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (2)Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (8)Toyota-Vios-kekal-kompetitif-mekanika (10)SONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button