Buletin

NAZA AUTOMOTIVE GROUP RAYU KERAJAAN BENARKAN INDUSTRI AUTOMOTIF KEMBALI BEROPERASI SECEPAT MUNGKIN

Naza Automotive Group hari ini merayu kepada kerajaan supaya membenarkan sektor automitif kembali beroperasi kerana seluruh rantaian bekalannya telah terjejas teruk. Ia berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa bulan lalu terutama di Selangor dan Kuala Lumpur. 

Ketua Pegawai Eksekutif Naza Automotive Group, Dato’ Nik Hamdan Nik Hassan  menyatakan banyak syarikat automotif utama sama ada pengeluar kenderaan atau komponen terletak di kedua-dua buah negeri tersebut. Gangguan ke atas rantaian bekalan dan perniagaan akan memberi kesan buruk ke atas industri. Apatah lagi industri automotif negara sangat bergantung kepada pasaran domestik. 

Penutupan berterusan ke atas aktiviti jualan, produksi, pengedaran kenderaan, komponen, alat ganti dan bilik pameran boleh menyebaban perniagaan ditutup, terutama dalam kalangan pemain kecil industri. Situasi itu juga menyebabkan ramai kakitangan terpaksa dibuang kerja dan memberi impak jangka panjang ke atas pasaran kerja di Malaysia. 

Keadaan sekarang bukan sahaja menyukarkan pelanggan, malah boleh memberi risiko kerana mereka terpaksa memandu kereta yang mungkin sudah lama tidak diservis. 

NAZA berharap kerajaan mendengar rayuan daripada industri, seterusnya membenarkan sektor automotif kembali beroperasi secepat mungkin dengan pematuhan SOP yang ketat.  

Google ads
Back to top button