Buletin

NAZA KIA LANCAR SPORTAGE 2WD

Model pacuan dua roda itu merupakan model kedua yang diperkenalkan oleh Naza Kia Malaysia untuk tahun ini selepas Rio lima pintu pada bulan Mei lalu.

Kia-Sportage-2WD-mekanika (2)

Pemangku Ketua Naza Kia Malaysia, Roshdy Hassan memberitahu model Sportage dijangka mencapai 10% jumlah keseluruhan sasaran jualan pada tahun ini.

Sejak diperkenalkan pada 2010 di pasaran antarabangsa, Kia Sportage nyata mendapat sambutan hangat kerana rekaannya yang moden dan maskulin.

Di bahagian kabin, Sportage 2WD dilengkapi sistem audio Infitiny dengan tujuh unit pembesar suara, subwoofer, kamera undur dan banyak lagi.

Kia-Sportage-2WD-mekanika (3)

Sportage 2WD dijana oleh enjin multi-point injection (MPI) 2.0-liter Nu. Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 154PS dan tork 191Nm @ 4,700rpm.

Sportage ini turut dilengkapi enam beg udara, Program Kestabilan Elektronik (ESP), ABS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), HAC dan DBC bagi meningkatkan keselamatan penumpang.

Sportage 2WD didatangkan dalam tiga warna iaitu putih dan dua tona perak. Harganya ialah RM118, 888 seunit (di atas jalan).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button