Buletin

PELANGGAN PERTAMA DISCOVERY SPORT DI MALAYSIA

Treadell menerima kunci Land Rover Discovery Sport 2.0L Si4 berwarna merah (Firenze Red) daripada Pengarah Urusan Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn. Bhd., Tuan Syed Mudzhar Syed Ali di satu majlis eksklusif yang diadakan sempena pelancaran kenderaan tersebut di Malaysia baru-baru ini.

Land-Rover-Discovery-Sport-mekanika (5)

“Saya teruja menjadi salah seorang pemilik pertama Discovery Sport yang merupakan  sebahagian daripada Land Rover generasi baru.  Ia mencerminkan kecemerlangan British dalam kejuruteraan dan rekaan. Selaku pegawai kanan Britain di sini, sudah tentu saya perlu memandu sebuah kereta British yang hebat,” katanya.

Discovery Sport ialah SUV kompak premium yang paling versatil di dunia. Ia menawarkan konfigurasi tempat duduk 5+2. Jentera itu mengekalkan keupayaan luar biasa yang menjadi tunggak kekuatan setiap Land Rover sejak tahun 1948.

Land-Rover-Discovery-Sport-mekanika (3)

Jika  ingin merasai pengalaman memandu Discovery Sport, anda boleh berbuat demikian di pameran bergerak yang akan diadakan di bilik pameran Jaguar Land Rover berikut dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang:

Land-Rover-Discovery-Sport-mekanika (2)

  • 5 dan 6 September, 2015 di SISMA Auto Menara Worldwide, Kuala Lumpur dan Sime Darby Auto ConneXion, Petaling Jaya
  • 19 dan 20 September 2015 di SISMA Auto Glenmarie.

Maklumat lanjut tentang Discovery Sport, sila layari laman web www.landrover.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button