BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

NAZA KIA PERKENAL VARIAN PICANTO GT-LINE – LEBIH SPORTY, BERMULA RM57,888

SHARE

Naza Kia Malaysia hari ini memperkenalkan varian tertinggi untuk model kompaknya, Picanto GT-Line ke pasaran tempatan.

Berdasarkan kepada kejayaan model Kia Picanto 1.2 EX, Naza Kia yakin varian baharu itu akan menerima maklum balas positif.

Picanto GT-Line hadir dengan kemasan warna baru pada bodykit dan gril signatur ‘tiger nose’ dan dua ekzos berkembar di belakang.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Bukan itu sahaja, ia dilengkapi rim aloi bersaiz 16 inci, lampu kabus, lampu nyalaan siang (DRL) LED antena jenis shark fin dan sistem kemasukan tanpa kunci.  

Di bahagian kabin, skrin sentuh bersaiz 7.0 inci kini hadir dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Selain stereng dengan potongan D, kamera undur, pengecas telefon pintar tanpa wayar dan port USB.

Bagi memberi kemudahan kepada pengguna, varian itu dipasang dengan kawalan suhu automatik sepenuhnya (FATC) yang berfungsi mengekalkan sudu dalam kabin.

Picanto GT-Line didatangkan dalam warna perak, putih dan hitam mutiara. Boleh anda milik pada harga bermula RM57,888 (di atas jalan tidak termasuk insurans), ia hadir bersama jaminan selama lima tahun, tanpa had perbatuan.   

Tags
Google ads
Back to top button