Buletin

KENAPA CUMA BELI SATU ROLLS-ROYCE JIKA MAMPU BELI ENAM SEKALIGUS

SHARE

Tak ramai antara kita yang mampu beli Rolls-Royce terpakai apatah lagi Rolls-Royce model terbaru di pasaran. Tapi tentulah kita semua bukannya seorang billionair seperti Reuben Singh. Setiap satu kereta beliau mesti sepadan dengan warna turban yang dipakainya pada hari tersebut. Pergh.

Namanya bukan tidak sepopular billionair lain yang selalu kita dengar tetapi Singh yang satu ini merupakan seorang peniaga berjaya dan CEO kepada alldayPA dan Isher Capital. Pelbagai cabang perniagaan yang dimiliki menjadikan beliau seorang yang sangat kaya dan baru-baru ini beliau telah membuat satu pembelian yang menakjubkan.

Bagi kebanyakan orang kaya lain mungkin akan membeli pakej percutian mahal-mahal ataupun berkahwin dengan artis suam-suam kuku tapi Singh ni lain sikit. Dia pergi beli Rolls-Royce terbaru untuk dirinya sendiri. Bukan cuma sebuah tetapi enam unit sekaligus.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

BACA: 4 EDISI KHAS ROLLS ROYCE SEMPENA TAHUN BABI

Sepertimana ditunjukkan di laman IG beliau, Singh baru sahaja menerima 3 buah Phantom baru dan 3 buah Cullinan baru dengan warna yang dipadankan dengan Rolls-Royce tersebut. Kalau satu Cullinan sidah bernilai sekitar RM1.8 juta, berapa puluh juta RM agaknya dibelanjakan beliau sekaligus. Kaya kaya kaya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa beliau tidak beli 7 buah terus, sebuah sehari selama seminggu. Jawapannya senang sahaja, ia adalah kerana bila dicampur dengan 6 buah Rolls-Royce terbaru ini, Singh sebenarnya kini mempunyai 20 unit Rolls-Royce dalam koleksi beliau antaranya termasuklah Phantom sedan dan Coupe generasi sebelum ini selaian beberapa buah Dawn convertible.

Sebagai billionair sejati semestinya Singh bukan hanya mempunyai Rolls-Royce dalam koleksi beliau. Antara model mahal lain yang dimiliki Singh ialah Bugatti Veyron, Porsche 918 Spyder dan Mercedes SLR.

Amacam? Jom pergi beli Tiara 7 buah esok nak?   

Tags
Google ads
Back to top button