Buletin

NHTSA SIASAT KES ENJIN HONDA PILOT GAGAL HIDUP

Fungsi start/stop merupakan salah satu ciri moden yang direka untuk menjimatkan penggunaan bahan api, terutama ketika kereta sedang berhenti seketika di persimpangan lampu isyarat atau ketika meredah kesesakan trafik.

Namun begitu, ciri start/stop ini dilihat memberikan kesukaran kepada para pemilik SUV Honda Pilot di Amerika Syarikat, disebabkan enjin yang gagal untuk dihidupkan semula.

Menurut agensi National Highway Traffic Safety (NHTSA), kes ini melibatkan 194,731 unit Honda Pilot (model tahun 2016-2020), dan sehingga kini sebanyak 221 aduan telah diajukan kepada pejabat Office of Defects Investigation (ODI) berhubung sistem yang bermasalah itu.

Malah, ada sesetengah pihak mendakwa enjin V6 3.5 liter Honda Pilot itu terpaksa dihidupkan menggunakan cara ‘jump-start’.

Pihak NHTSA kini sedang menyiasat situasi bagi menentukan sebab sebenar disebalik masalah ini. – Motor1

Google ads
Back to top button