,
Motosikal

KEMENANGAN AKAN TIBA JUGA NANTI! – QUARTARARO

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo menunjukkan persembahan meyakinkan pada MotoGP Thailand yang baru sahaja tamat, namun gagal menafikan pengalaman juara dunia 7 kali, Marc Marquez.

Quartararo memimpin perlumbaan sejak awal dan diekori rapat oleh Marquez. Biarpun dicabar sengit, pelumba Perancis itu tenang untuk menafikan usaha Marquez untuk memotongnya.

Dia dilihat cukup konsisten dari segi kelajuan dan masa, sehingga pada sektor tertentu jaraknya dengan Marquez nampaknya agak jauh. Rookie itu jelas menunjukkan kematangan selepas beberapa kali gagal menaiki podium.

Ketika kemenangan seakan hampir digenggam, Marquez menunjukkan keupayannya apabila berjaya memotong Quartararo sewaktu garis akhir perlumbaan hanya berbaki beberapa meter.

Walaupun agak mengecewakan, Marquez tahu bahawa dia kini mempunyai seorang lagi pelumba muda yang akan menjadi pencabar utamanya dalam perlumbaan akan datang.

“Saya sangat gembira walaupun berada di tempat kedua, kerana sudah mencuba sebaik mungkin hingga ke garis penamat. Apa pun, kemenangan akan tiba juga tidak lama lagi,” kata Quartararo dengan naza  

Baru berusia 20 tahun, Quartararo sememangnya mempunyai masa depan cerah dalam saingan MotoGP.

Sementara pelumba pasukan Monster Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dilihat sukar mengejar dua pelumba itu di kelompok dua teratas. Dia bagaimanapun selesa di tempat ketiga tanpa dicabar oleh sesiapa.

“Banyak isu dengan tayar pada permulaan awal perlumbaan. Tetapi saya dapat menanganinya dan kekalkan kedudukan sehingga tamat perlumbaan. Saya akan berbincang dengan pasukan tentang apa yang perlu dilakukan untuk perlumbaan di Jepun nanti,” kata Vinales.

Tags
Google ads
Back to top button