Buletin

AIR PASANG ‘TELAN’ KERETA. TU LAA TAK DENGAR NASIHAT ISTERI

Seorang pemandu yang ghairah ingin parkir kenderaannya terlalu dekat dengan laut kehilangan kereta apabila air pasang dengan pantas di Burnham on Sea, Sommerset, Britain.

Pengawal pantai telah dipanggil apabila tayar hadapan kenderaan itu tersekat pada pasir pantai terbabit.

Difahamkan, pemandu kereta tidak mengendahkan nasihat isterinya dan terus mendekati laut untuk parkir kenderaan.

Pasangan suami isteri tersebut terpaksa meninggalkan kenderaan apabila arus air pasang terlalu pantas sehingga kereta mereka tenggelam.

Menurut posting Facebook, Pasukan Penyelamat Pengawal Pantai Burham, pasangan suami isteri itu hendak pergi ke pantai dan pemandu ingin menghampiri air laut.

“Apabila isterinya meminta menghentikan kenderaan, tayar bahagian hadapan tersangkut dalam pasir lembut sehingga memerangkap mereka tatkala air laut sedang pasang.

“ Air terus naik dengan pantas sekali gus mengakibatkan kenderaan tenggelam di bawah air laut. Pasukan kami bertindak balas untuk memastikan tidak ada risiko bagi sesiapa yang berada di kawasan berhampiran.

“Ketika sampai di tempat kejadian, hanya bumbung kenderaan sahaja yang dapat dilihat,” katanya. –agensi.

Google ads
Back to top button