Buletin

NISSAN GT-R 1,110HP INI MUNGKIN DINOBATKAN RAJA NURBURGING YANG BARU

Perlumbaan menjadi pengeluar kereta sports terbaik, terpantas, pegegang rekod, paling laju dan paling power atas mukabumi ini tidak pernah berakhir. Meskipun tidak pernah diiktiraf dalam industri, Nurburgring sering menjadi penanda aras bagi industri pengeluaran kereta yang menguji keupayaan masing-masing. Kemudian – dihebahkan kepada dunia.

Ada banyak kategori dan penilaian. Misalnya, kereta pacuan roda hadapan terpantas dipegang oleh Honda Civic Type R FK8 yang baru. Ia adalah “pengiktirafan” terkini yang diceritakan di seluruh dunia. Ia kerana pasaran bagi segmen pacuan roda hadapan ini cukup sengit dari pengeluar komersial seeprti Renault, Ford dan Volkswagen.

BACA: GT-R 3000HP TERPANTAS DI DUNIA

Namun di sebalik anugerah untuk FWD, kereta yang mungkin paling lama bertahan memegang rekod kelajuan Nurburgring ialah Porsche 918 Spyder dengan kepantasan 6 minit 57 saat. Kemudian, rekod tersebut dipadamkan oleh Lamborghini Huracan Performante.

Tak lama selepas itu, Porsche kembali merampas takhta tersebut menerusi Porsche 911 GT2RS dengan rekod terbaru 6 minit 47.3 saat dan jika itu sudah cukup handal, Nissan menerusi LM1 RS GT-R mungkin akan merampas anugerah tersebut menerusi talaan enjin 1,100 kuasa kuda.

Ini bukanlah Nissan GT-R yang biasa anda lihat peserta MLM bergaya di sebelahnya. Menurut pihak Top Gear UK, ia adalah sebuah GT-R paling ekstrim dan paling pantas pernah dihasilkan – yang sah dipandu di jalanraya.

Ia dipasangkan dengan sepasang turbin BorgWarner spesifikasi sama dengan IndyCar, ingtercooler sebesar rumah, manifold dan pelbagai peningkatan di bahagian penjana membolehkannya bernafas dengan 1,100 kuasa kuda serta 800 paun tork.

Kerangkanya diperkukuhkan oleh pihak Momentum Motorsport sementara suspensi dikendalikan Ohlins menerusi sistem gantungan bolehlaras sepenuhnya dan talaan yang dibuat khusus untuk Nurburgring.

Selain daripada bampar, setiap panel badan kereta ini dibina dengan bahan gentian karbon termasuklah rim dan juga brek. Kereta ini juga diperkemaskan dengan aerodinamik yang sama dengan versi NIsmo GT3. Hasilnya, GT-R ini 350kg lebih ringan dari versi stanandard dan jauh lebih berkuasa.

Kesemua bahagian aerodinamik kereta ini telah diiuji dalam terowong angin oleh pemandu WTCC ( World Touring Car champion) tersohor Rob Huff. Malah, ia turut diluluskan oleh Ketua Pakar Produk Nissan GT-R dan Nismo’s Hiroshi Tamura.

Walaupun kelihatan seperti seekor raksaksa yang mahu pergi berperang, Godzilla ini masih sah dipandu di atas jalanraya. Pemiliknya yang berasal dari Australia memang mahu memadamkan rekod GT2RS dan itu salah satu sebabnya kereta ini dibina.

Jadi, lepas dia uji nanti kkita tengok apa hasilnya!

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”120″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

Google ads
Back to top button