
TRIUMPH STREET TRIPLE 765 DINOBAT SEBAGAI BIKE OF THE YEAR 2017 – AUTO TRADER UK
Auto Trader, laman web pasaran automotif digital paling besar di United Kingdom (UK) telah menamakan Triumph Street Triple 765 sebagai ‘Bike of the Year’ dalam Anugerah Motosikal Terbaik 2017 anjurannya.
Sekumpulan pakar dari Auto Trader Bikes telah menunggang beribu-ribu kilometer, menguji setiap motosikal baharu yang dijual di UK sebelum menyenaraikan pemenang untuk 12 kategori. Daripada senarai tersebut, pemenang motosikal terbaik pun dipilih.
Sehingga kini (dalam tahun 2017 sahaja), hampir 20 juta pelayar melayari laman Auto Trader Bikes, seterusnya menyumbang kepada lebih 36 juta carian untuk motosikal baharu dan terpakai.
Dengan 86 peratus pengunjung ini mendakwa ingin membeli motosikal, Anugerah Motosikal Terbaik Auto Trader 2017 dilihat sebagai satu rebiu tahunan yang boleh dipercayai untuk semua kategori motosikal.
“Kami sangat berbesar hati apabila Triumph Street Triple 765 memenangi anugerah Auto Trader Bike of the Year. Dibina di atas keupayaan model-model sebelumnya, Street Triple 765 padat dengan teknologi. Selain dilengkapi enjin baharu yang dinamik dan bunyi mengasyikkan.
“Bunyi ini akan didengar di seluruh dunia apabila Triumph membekalkan enjin untuk perlumbaan Moto2 mulai tahun 2019,” kata Pengarah Besar Triumph UK & Ireland, Paul Lily.
Senarai juri pada tahun ini termasuklah pelumba motosikal Britain, Michael Rutter serta ramai lagi.
“Walaupun disaing sengit dengan motosikal lain, Triumph Street Triple 765 nyata lebih menonjol kerana ia menggabungkan aspek prestasi, menyeronokkan dan mempunyai nilai terbaik,” kata Katua Juri dan Pakar Motosikal Auto Trader, Phil West.
Senarai pemenang Anugerah Motosikal Terbaik Auto Trader 2017 adalah seperti berikut:
Best AM
Lexmoto Echo 50
Best A1
KTM 125 Duke
Best A2
Honda Rebel 500
Best Scooter
Vespa GTS300
Best Naked
Aprilia Tuono 1100 Factory
Best Retro
Ducati Scrambler Desert Sled
Best Tourer
BMW K1600GT
Best Adventure (inc trail)
Suzuki V-Strom 650
Best Cruiser
Harley-Davidson Street Glide CVO
Best Sports
Suzuki GSX-R1000R
Best Sports Tourer
Kawasaki Z1000SX
Best Middleweight
Triumph Street Triple 765