Motosikal

LIVERY BERSEJARAH – SEVEN STARS HONDA

Apa benda livery ni? Penat jugak nak cari maksudnya dalam Bahasa Melayu, akhirnya kami pakai lovery je lah. Livery ini bermaksud tema pelekat yang ada pada motosikal lumba terkenal. Jika anda mempunyai motosikal Honda dari apa jua kategori dari kapcai sehinggalah ke superbike, livery yang paling terkenal tentulah livery Repsol Honda yang terkenal.

Tapi tahukah anda Honda masih mempunyai livery yang tidak kurang sejuk (cool) yang dinamakan Seven Stars Honda? Livery ini sebenarnya tidaklah sepopular Repsol Winter Test ataupun Chesterfield Aprilia yang cukup sinonim dengan Max Biaggi satu ketika dahulu.

Ia juga bukanlah sepopular livery Rothmans Honda ataupun Marlboro Yamaha yang pernah menjuarai GP500 suatu ketika dahulu. Tapi Seven Stars Honda ini cukup popular di arena Suzuka 8H Endurance Championship. Model motosikal yang digunakan pula ialah Honda CBR1000RRW. Dulu memang sudah nak tonton perlumbaan yang kurang popular macam ni tetapi dengan adanya laman Youtube, itu bukan lagi satu masalah.

Apa itu Seven Stars? Sama seperti penaja utama pasukan lumba satu ketika dahulu, Seven Stars juga merupakan jenama rokok di bawah Japan Tobacco Company (JTC). Kalau anda ingat kembali hampir pasukan satu ketika dahulu ditaja oleh syarikat rokok. Antaranya termasuklah Rothmans Honda, Lucky Strike Yamaha dan Camel Honda.

Livery Seven Stars Honda memaparkan jalura berwarna perak pada bahagian tangki minyak pada jentera berwarna hitam (sama seperti Chesterfield Aprilia). Ia kemudian dihiasi dengan tujuh bintang berwarna perak di sisi selain decal penaja lain.

Bukan itu sahaja, rimnya juga dicat dengan warna perak yang memang kelihatan cukup kena bila digunakan pada jentera Honda CBR1000RR Fireblade generasi awal. Habis tu? Apa yang special dengan pasukan Seven Stars ni?

Jawapannya tentulah kerana Seven Stars Honda adalah pasukan Factory HRC (Honda Racing) yang berjaya menjuarai Suzuka 8H Endurance Championship dua tahun berturut-turut (2004-2005) dengan dua orang penunggang lagenda Jepun ketika itu, Tohru Ukawa (bekas pelumba Repsol Honda untuk GP500 dan MotoGP) dan Ryuichi Kiyonari.

BACA: LELAKI INI TERANGKAN FUNGSI SUIS PADA HENDAL MOTOGP – BREK ENJIN JUGA ADA SUIS KHAS

Dengarnya beberapa ketika dahulu ada syarikat pengeluar aksesori aftermarket mengeluarkan kit lengkap Seven Stars Honda untuk Honda CBR1000RR Fireblade. Ia menjadi tarikan peminat Blade di seluruh dunia khususnya yang memiliki motosikal berwarna hitam.

Tapi sayangnya, pengharaman syarikat rokok sebagai penaja kejuaraan dunia membuatkan livery terkenal satu ketika dulu terhapus begitu sahaja. Seven Stars merupakan satu di antaranya.

Google ads
Back to top button