NISSAN GT-R G-SHOCK 2023, TAK SAMPAI RM700! BOLEH KIRIM TAK?
Buat penggemar kereta Nissan GT-R dan jam G-SHOCK, ada barang istimewa untuk anda. Pada Jun depan, model kelima jam kerjasama GT-R dan G-SHOCK akan mula ditawarkan di kedai dalam talian Nissan Jepun.
Jam Nissan GT-R G-SHOCK itu dibuat dari model DW₋5600 yang kemas dan ringkas dan masih mengekalkan DNA generasi pertama.
Logo GT-R pula diletakkan di atas logo G-SHOCK dan memang segak!
Butang dan kancing (buckle) dibuat dalam warna hitam dan digabung dengan tali dua tona hitam dan merah. Bahagian belakang jam terpampang ukiran GT-R.
Bingkai, bezel dan tali jam diperbuat daripada resin dan penutup belakang daripada keluli tahan karat.
Nissan tidak memaklumkan berapa jumlah yang ditawarkan kecuali kuantiti terhad dan disimpan pula di dalam bekas besi dengan corak gentian karbon.
Jam GT-R G-SHOCK KWA2003R00 ini dibuat di Jepun dan berapa harganya? 19,800 yen atau bersamaan RM642.94.
Harga itu tidak jauh beza daripada jam GT-R x G-SHOCK DW-6900 2018 yang dijual pada harga 18,360 yen.
BACA: NISSAN GT-R x G-SHOCK DW-6900 – TAK MAHAL, ORI RM680 SAHAJA
BACA: PADA 2000 NISSAN X-TRAIL T30 DIPERKENAL, SISTEM 4X4 TEKAN BUTANG!
BACA: NISSAN TERRA SPORT THAILAND, 2.3L TURBO – RM201.8 RIBU!
BACA: NISSAN ‘SUDDEN ACCELERATION SUPPRESION ASSIST’ BANTU KETIKA TERSALAH PIJAK PEDAL!