Buletin

NISSAN GT-R50 ITALDESIGN AKAN DIJUAL DENGAN HARGA RM4.2 JUTA – 50 UNIT SAHAJA

Minggu lepas Nissan mendedahkan imej kereta ini – Nissan GT-R50. Mereka maklumkan bahawa prototaip pertama kereta ini akan dipamerkan di Goodwood Festival of Speed.

Ini adalah koloborasi pertama Nissan dengan firma Itali Italdesign menghasilkan sebuah model terkini dari platform spesifikasi Nismo. 

Ketika ramai yang melihat ianya hanya gimik untuk “menyegarkan” model yang sudah mencecah 10 tahun pengeluaran in, Nissan dalam satu kenyataan lain memberitahu mereka akan melihat kepada penerimaan awam terhadap pameran di Goodwood nanti.

Jika responnya positif, Nissan akan menghasilkan GTR-50 untuk produksi dalam jumlah yang terhad. Maksudnya, sangat terhad, cuma 50 unit sahaja.

Tapi berapakah harganya?

Kereta produksi buatan tangan ini akan dijual pada harga sekitar 900,000 euro, atau RM4.2 juta ringgi tukaran terus. Sekaligus meletakkan GT-R50 dalam wilayang kereta hyper-car.

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA?

Rekabentuk baru GT-R50 mendapat perincian warna emas, lampu LED tang tipis, sayap belakang 54mm lebih rendah serta rekaan gugusan lampu belakang baru.

Prototaip ini dilengkapikan dengan warna dengan apa yang disebut Nissan sebagai cat “Liquid Kinetic Grey”. Ia kemudiannya diakhiri dengan kemasan “Sigma Gold Energetic”. Sementara ruang roda pula dihuni aloi berdiameter 21 inci 

Bahagian kabin juga telah direkabentuk dengan papan pemuka yang tidak mempunyai skrin infotainment sepertimana sebuah GT-R asal.

Ia dibuat untuk memperlihatkan skema lebih “bersih” manakala kluster meter kini didatangkan dengan instrumen berbentuk digital.

Terdapat dua kemasan karbon berbeza yang digunakan di panel konsol pusat, panel instrumen dan panel pintu. Butir-butir emas kelihatan berpadanan dengan bahagian luaran sementara Alcantara hitam dan upholsteri kulit hitam digunakan untuk tempat duduk.

Bagi enjin, GT-R ini menawarkan yang terbaik. Enjin V6 twin-turbo 3.8 liter tersebut dinaik taraf oleh NISMO dengan turbo spesifikasi perlumbaan GT3 yang lebih besar, intercooler yang lebih besar. Komponen dalamannya terdiri daripada crankshaft, piston, rod penyambung dan galas, jet minyak omboh tinggi aliran, profil camshaft yang disemak semula,  penyuntik bahan api aliran tinggi dan sistem pengambilan dan ekzos yang dioptimumkan.

Hasilnya? 710hp (720PS) pada 7100rpm dan 575lb-ft (780Nm) antara 3600 dan 5600rpm.

Transmisi berkembar enam kelajuan diperkukuhkan dan pemacu yang lebih kuat memastikan bahawa kuasa besar akan dihantar dengan selamat ke keempat roda. Sistem suspensi menggunakan penyeraphentak bolehlaras Bilstein DampTronic.

GALERI

Google ads
Back to top button