,
Buletin

NISSAN NIKAIJAYA RESOURCE – 3S PERTAMA ADAPTASI NISSAN RETAIL CONCEPT (NRC) BAHARU

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Retail Concept (NRC) yang baru bagi mempertingkatkan khidmat pelanggan dan memberikan pengalaman jenama yang konsisten di seluruh dunia. 

Nikaijaya Resource (KL) Sdn Bhd adalah pengedar sah Nissan yang pertama mengadaptasi konsep NRC di Malaysia. Bilik pameran baharu yang mengguna pakai Nissan Retail Concept itu menawarkan pengalaman pelanggan lebih baik serta meneroka jenama Nissan. 

Bahagian luarannya diserlahkan dengan papan tanda Nissan berwarna merah yang ikonik. Manakala ruang jualan dan rundingan ‘Nissan Drive’ mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan penuh kehangatan dan keselesaan.

Bilik pameran baharu Nikaijaya Resource (KL) Sdn Bhd terletak di 923A, Jalan Melor, Kampung Sungai Kayu Ara, kira-kira 700m di sebelah kiri selepas Plaza Tol Damansara.

Bilik pameran itu mempunyai ruang binaan seluas 6,556 kaki persegi itu mampu mempamerkan sehingga 5 model Nissan, serta ruang parkir yang mencukupi untuk pelanggan dan barisan kenderaan pandu uji. 

Kemudahan tambahan yang ada termasuklah ruang rehat pelangan yang moden seperti sebuah kafe, wifi percuma dan sudut kanak-kanak untuk membolehkan pelanggan serta keluarga mereka menikmati masa bersama.

“Nissan Retail Concept (NRC) mengadaptasi cara terbaru persekitaran perniagaan kami. Ia membuktikan komitmen kami dalam memberikan pengalaman berkualiti tinggi kepada pelanggan sebaik sahaja mereka sampai di bilik pameran. 

“Kami akan terus mengembang dan meningkatkan rangkaian bilik pameran Nissan demi memastikan mereka mempunyai akses lebih baik dalam usaha memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan jenama Nissan,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.

Waktu operasi bilik pameran Nissan Nikaijaya Resource (KL) adalah seperti berikut:

  • Isnin – Jumaat: 9.30am – 6.30pm
  • Sabtu: 9.30am – 6.00pm
  • Ahad dan Cuti Umum: 9.30am – 5pm

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi Karnival Pandu Uji Nissan di bilik pameran baharu ini mulai 19 – 20 Oktober 2019 untuk mengalami pemanduan kereta elektrik paling laris di dunia, Nissan LEAF serba baharu. 

Terdapat juga pelbagai tawaran menarik ke atas model-model Nissan serta aktiviti menyeronokkan buat seisi keluarga di sepanjang karnival ini. Bilik pameran Nissan, Nikaijaya Resource (KL) Sdn Bhd boleh dihubungi menerusi talian 03-7733 8388.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Tags
Google ads
Back to top button