Buletin

NISSAN NP300 NAVARA 2015

Nissan kembali mengujakan pasaran trak pikap apabila memperkenalkan model NP300 Navara serba baharu di Bangkok, Thailand baru-baru ini.  

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (2)

Trak pikap generasi ke-12 yang turut dikenali sebagai Frontier di beberapa pasaran lain dikatakan telah membawa aspek keselesaan, kemudahan dan teknologi termaju ke satu tahap baru.

Berbekalkan pengalaman selama 80 tahun menghasilkan trak pikap, Navara  sememangnya mampu memenuhi apa jua kehendak pasaran. Nissan mendakwa tawaran terbaharunya itu lebih murah untuk dimiliki berikutan rangkaian kuasa yang telah dipertingkatkan dan pengurangan berat.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (5)

Sejak mula dibina pada tahun 1933, lebih 14 juta pengguna di seluruh dunia menjadikan Navara selaku kenderaan untuk kegunaan harian, bekerja dan sebagainya.

Rekaan luaran Navara nyata semakin kemas apabila bumbungnya direndahkan, kelegaan tanah ditinggikan dan ruang kargonya kini lebih luas. Trak pikap ini akan ditawarkan dalam beberapa varian seperti king dan double cab. Selain pacuan semua roda dan dua roda.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (19)

Penampilan luaran Navara diserlahkan menerusi DNA reka bentuk Nissan. Bahagian hadapannya dimonopoli oleh motif “V Motion” yang dapat dilihat dengan kelas pada gril radiator, fender dan hudnya. Tarikan visual itu dipertingkatkan lagi menerusi lampu utama berbentuk boomerang dengan lampu nyalaan siang hari (daytime running lights, DRL) LED.

Melihat dari arah sisi pula, karekter unik Navara diserlahkan melalui garis siluet dan tiang B yang digelapkan. Tidak cukup dengan itu, Navara didatangkan dalam dua warna baharu iaitu kuning (Savannah Yellow) dan tembaga.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (7)

Navara digerakkan oleh dua pilihan enjin iaitu 2.5 liter DOHC empat silinder sebaris diesel atau petrol. Enjin diesel mampu menghasilkan kuasa sehingga 140kW @ 3,600rpm dengan tork maksimum 450Nm @ 2000rpm. Sementara enjin petrol pula menawarkan janaan kuasa 120kW dan tork puncak 403Nm @ 2,000rpm. Bukan sahaja berkuasa, malah penggunaan bahan api juga dikurangkan sebanyak 11 peratus berbanding model terdahulu.

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear sama ada enam kelajuan manual atau tujuh kelajuan automatik! Transmisi automatik itu didakwa menawarkan penggunaan minyak yang menjimatkan pada kelajuan rendah, selain penukaran gear yang lancar dan pecutan lebih baik.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (17)

Chasis berketahanan tinggi Navara dipadankan dengan suspensi jenis leaf. Nisbah pusingannya juga telah dikurangkan agar lebih mudah untuk dikendalikan di kawasan bandar.

Sistem pacuan empat roda boleh diaktifkan ketika kenderaan sedang bergerak. Sistem keselamatan seperti VDC (Vehicle Dynamic Control) membantu menambah baik prestasi pemanduan pacuan 4×4. Jentera itu turut dilengkapi sistem ABLS (Active Brake Limited Slip), HSA (Hill Start Assist) dan HDC (Hill Descent Control) untuk keselamatan maksimum.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (12)

Ruang kabin Navara tampil dengan rekaan papan pemuka yang baru dan kemasan berwarna perak. Konsol tengahnya dilengkapi sebuah paparan TFT yang memaparkan maklumat navigasi, kompas dan penggunaan bahan api. Tidak ketinggalan, sistem multimedia dengan skrin sentuh.

“Kami yakin bahawa Nissan NP300 Navara serba baharu akan berada di senarai teratas bakal pembeli trak pikap di mana-mana sahaja. Ia sememangnya telah menetapkan satu penanda aras baharu dari aspek prestasi, kekukuhan, versatiliti dan kos pemilikannya. Semua kualiti ini amat kritikal bagi pengguna trak pikap,” kata Ketua Pegawai Perancangan Nissan, Andy Palmer.

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (16)

Nissan NP300 Navara merupakan kenderaan pertama yang dibina di kilang baharu Nissan di wilayah Samut Prakan, Thailand. Memiliki kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 75,000 unit, ia turut menandakan berakhirnya kerjasama di antara Nissan dan Mitsubishi Motor untuk menghasilkan trak pikap di kilang Leam Chabang Industrial Estate di Chanburi sebelum ini.

Setakat ini, masih belum kedengaran desas-desus bila Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akan membawa masuk Nissan NP 300 Navara. Ada baiknya jika ETCM bertindak pantas sementara orang ramai masih teruja mengenainya.

[hr]GALERI 

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (1)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (3)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (4)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (8)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (10)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (11)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (13)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (14)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (18)Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (20)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button