SAMSUNG LANCAR 3 MODEL MESIN CETAK
Seiring dengan permintaan dan keperluan golongan usahawan untuk menikmati kemudahan mencetak terus daripada peranti mudah alih, Samsung Malaysia sekali lagi mencatat kejayaan dengan memperkenalkan tiga mesin cetak berkemampuan NFC (Near Field Communication) berwarna dan pelbagai fungsi (MFP).
Rangkaian mesin cetak terkini daripada siri Xpress C410W ini merangkumi mesin cetak laser berwarna C410W, C460W dan C460W. Mesin cetak laser berwarna MFP C460W dilengkapi dengan fungsi cetak, salin dan imbas. Sementara C460W pula menawarkan keupayaan mencetak, menyalin, imbas dan faks.
Direka khas untuk usahawan berskala kecil serta bekerja sendiri (dari rumah), siri mesin cetak C410W ini membolehkan pengguna mencetak sehingga 18 halaman dalam seminit untuk cetakan hitam putih, manakala empat halaman ppm berwarna.
Menurut Presiden Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Lee Dong Yong, produk mesin cetak terkini daripada Samsung telah diilhamkan daripada impian golongan peniaga yang berhasrat untuk terus mencetak gambar serta dokumen daripada peranti mudah alih mereka.
“Rangkaian mesin cetak siri C410W yang menyokong keupayaan NFC ini menjadi bukti kepada kredibiliti Samsung dalam menerajui arena percetakan mudah alih dan mesin cetak NFC di pasaran. Kami juga ingin meningkatkan pengalaman pengguna khasnya mereka yang berkecimpung dalam industri kecil-kecilan dan sederhana serta SOHO,” ujarnya.
Selain itu, rangkaian produk ini juga menjanjikan beberapa kelebihan seperti:-
- Pantas dan Bersepadu
Hanya dengan satu sentuhan telefon pintar pada mesin cetak, proses mencetak (dokumen, emel atau maklumat daripada laman web) akan terus berhubung secara wireless dengan internet. Pengguna aplikasi cetak mudah alih Samsung boleh mencetak semua jenis bahan baik daripada fail PDF mahupun Microsoft Office
- Mudah dan Tanpa Gangguan
Proses pemasangan mesin cetak siri Xpress C410W boleh dilakukan dengan tiga langkah mudah tanpa memerlukan sambungan USB dengan komputer ataupun mesin cetak.
Butang One Touch Eco dan Pemacu Easy Eco berfungsi untuk membantu pengguna menjimatkan sehingga 20% kos keseluruhan. Pemacu Easy Eco telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Inovasi oleh Buyers Lab pada tahun 2012.
Biarpun tanpa bantuan pengurus IT berpengalaman sekali pun, rangkaian produk terkini daripada Samsung ini turut hadir dengan ciri Easy Printer Manager bagi membantu golongan usahawan kecil-kecilan menguruskan perisian mereka.
- Reka Bentuk dan Warna Menawan
Teknologi Rendering Engine for Clean Page (ReCP) Samsung menjanjikan hasil cetakan yang berkualiti tinggi, bertaraf profesional, jelas dan terang.
Mudah digunakan dan memiliki reka bentuk ergonomik, maka tidak hairanlah jika mesin cetak laser Samsung
yang berkemampuan NFC dan MFP terkini ini telah diiktiraf sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk Produk iF 2013.
Portfolio rangkaian produk percetakan Samsung Malaysia Electronics kini mencecah 53 models (mesin cetak), MFP dan mesin fotostat yang berharga dalam lingkungan RM220 sehingga RM35,000.
Maklumat lanjut tentang rangkaian produk IT Samsung, sila layari laman sesawang www.samsung.com/my atau Facebook Samsung Malaysia di www.facebook.com/samsungmalaysia.
[hr]GALERI